'SUSUK', bukan Karya Sebarangan..


'SUSUK', JALUR PEMIKIRAN YANG TERBAIK..

‘Soraya dan Suzana’ adalah dua karektor yang sama menerusi ‘SUSUK’, sebuah filem arahan Amir Muhammad dan Naiem Ghalili yang telahpun menemui khalayak pada 7 Ogos 2008 yang lalu. ‘SUSUK’, naratif yang kontroversi mengisahkan impian segelintir artis yang ingin mencipta populariti dengan jalan dan impian yang ‘terlarang’dengan menjadikan nikmat ‘susuk’ itu suatu yang indah dan terpuji. Garapan ‘susuk’ oleh Amir Muhammad begitu teliti dengan jalur pemikiran yang mengelirukan bagi sesetengah penonton yang agak ‘confuse’, terutamanya pada watak Ida Nerina dan Diana Rafar. Susunan plot melalui naratif penceritaan menjelaskan bahawa karektor Ida Nerina dan Diana Rafar adalah orang yang sama kerana imej yang ditonjolkan pada ‘cermin’ melalui pertukaran visual antara Diana Rafar dan Ida Nerina membuktikan mereka adalah satu karektor yang sama, tetapi Amir Muhammad menjadikan satu karektor menerusi dua watak yang berbeza. Ini boleh dijelaskan lagi melalui watak dan perwatakan antara Ida Nerina dan Diana Rafar, yang gemar melepaskan rambut ikal mayangnya apabila kedua-dua watak ini berjalan. Janaan imej grafik atau CGI semasa proses pembomohan di sebuah gudang yang dilakukan oleh Bomoh Dewangga, lakonan Adlin Aman Ramli, menjelaskan secara langsung bahawa Diana Rafar dan Ida Nerina disatukan dalam satu tubuh, dan proses ini menggelirukan sesetengah penonton.

Permulaan cerita ‘SUSUK’ ini bermula di sebuah gudang dan berakhir juga disebuah gudang. Ini suatu plot yang menarik dengan susunan editing yang sempurna dan boleh membanggakan. Menonton ‘susuk’ membanggakan saya kerana inilah jalur naratif dan plot penceritaan yang terbaik dalam arus sinema tempatan selepas karya naratif terbaik Yasmin Ahmad. Amir Muhammad dikenali sebagai pengarah kontroversi melalui karya-karya arahannya yang tidak berjaya ditayangkan dipawagam menerusi filem dokumentari ‘Apa Khabar Orang Kampung’ dan ‘Lelaki Komunis Terakhir’ . Percubaan ‘Susuk’ dengan plot yang agak kontroversi, tetapi dijalurkan secara indah dan dramatik menjadikan ‘susuk’, karya yang terindah dan terbaik garapan Amir Muhammad dan Naim Ghalili. Jangan membandingkan ‘susuk’ dengan filem ‘congkak’ dan sebagainya, kerana ia berbeza sama sekali. Dari segi lakonan dan kemunculan pelakon cameo dalam industri mahupun penyertaan beberapa karyawan juga boleh dibanggakan dalam ‘susuk’ kerana penampilan pelakon seperti ‘Yasmin Yusof, Sofia Jane, Aleeza Kassim, Yasmin Ahmad dan sebagainya dalam susuk menjadikan ia pernuh warna-warni dan amat menarik.

Justeru, ‘susuk’, boleh dibanggakan selepas filem Kala Malam Bulan Mengambang, kerana ‘susuk’ bukan sekadar kisah dunia artis murahan tetapi jalur pemikiran untuk khalayak boleh dipuji dan oleh itu, jangan terasa rugi apabila anda datang menoton ‘susuk’, kerana bagi saya ia adalah filem yang mempunyai lakon layar yang terbaik setakat ini..


Catat Ulasan

0 Ulasan