I'm Not Single... Temui Penonton Hari Raya Aidilfitri di Astro Kirana


Cinta perlukan kejujuran dan keikhlasan?’
I’m Not Single, temui jawapannya..


Trailer I'm Not Single


Benarkah rasa cinta itu perlu datang di dalam hati setelah lama berhubungan mesra? Dan Adakah cinta memerlukan pengorbanan setulus kasih untuk mengikat janji kesetiaan dengan bersandarkan kepercayaan dan keikhlasan?’, Itulah yang boleh digambarkan menerusi naskhah kedua Pierre Andre, ‘I’m Not Single’ yang telah ditayangkan pada umum 24 Julai 2008 lalu. Filem yang dibarisi Farid Kamil, Lisa Suriyani, Intan Ladyana dan Awal Ashaari ini mengisahkan Maya ( Lisa Suriyani ) yang dipaksa berkahwin bukan atas dasar cinta dengan Adam ( Farid Kamil ). Perkahwinan mereka telah menimbulkan kekecohan dalam perhubungan masing-masing, sehingga terjadi beberapa perkara yang tidak diingini. Maya yang sememangnya menyintai Dani ( Awal Ashaari ) ini telah melakukan beberapa perkara yang tidak menyenangkan Adam, sebagai suaminya, sehingga memaksa Adam menyendiri dan ingin melepaskan Maya kepada Dani atas dasar kasih sayangnya pada Maya. Namun, dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang manusia dan seorang isteri, Maya terpaksa menerima hakikat bahawa Adam adalah suaminya dan dia adalah menjadi milik Adam, sehingga ke akhir hayat. Plot penceritaan filem ini lebih kepada melodrama komedi yang memerlukan penghayatan yang khusus dalam merencanakan pemikiran setiap watak dan perwatakan yang ditonjolkan di dalam filem ini. Ia seakan-akan sama dengan beberapa style dan cara olahan filem-filem korea dan Japan. Pemilihan lokasi, wardobe, pakaian dan penataan seni serta fotografi atau sinematografi di dalam filem ini sedikit sebanyak membantu perjalanan filem ini yang lebih menjurus kepada elemen romantik komedi yang sasarannya adalah golongan remaja. Rasa cinta Maya sememangnya bukan untuk Adam, dan mereka memerlukan masa dan waktu untuk mengenali hati budi masing-masing. I’m Not Single wajar ditonton buat golongan remaja atau sesiapa sahaja yang sedang dilamun cinta atau ingin mengenali hati pasangan kekasih masing-masing. Dan bagi anda yang terlepas menonton di pawagam, anda boleh saksikan kemunculan tayangannya di astro kirana pada hari raya aidilfitri ini..

P/S: Daripada 5 bintang, saya memberikan 4 bintang untuk filem I’m Not Single..

Catat Ulasan

0 Ulasan