Pembikin Filem VS Karya Kreatif..

KARYAWAN FILEM DAN KARYA KREATIF

'Pembikin Filem VS Karya Kreatif?' itulah tajuk utama pada hari ini dalam blog saya yang akan saya kupas mengikut pemahaman dan pemikiran saya sebagai peminat seni dan karyawan muda. Sebut sahaja pembikin filem, pastinya terlintas difikiran kite semua bahawa, pengarah filem atau karyawan filem sememangnya mempunyai tanggungjawab besar di dalam industri perfileman dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton filem atau peminat mahupun pengkritik filem. Pembikin filem selalunya dikaitkan dengan karya kreatif yang mereka hasilkan tidak kira filem pendek, filem cereka, dokumentari, drama mahupun filem iklan. Kesemua elemen ini mempunyai kaitan dengan aspek kreativiti dalam merencanakan pemikiran manusia terhadap sesuatu isu yang melanda sesebuah negara atau berkaitan dengan permasalahan sosial tidak kira politik, masyarakat, agama dan budaya. Kesemua elemen ini selalunya dijadikan intipati bagi setiap pembikin filem dalam mencorakkan sesebuah karya yang dihasilkan. Kreativiti pembikin filem di Malaysia, selalunya terhad dan cenderung mengupas isu yang sensitif terhadap masalah sosial, persekitaran dan gender sesebuah golongan masyarakat yang terpinggir dan disisihkan.


(GAMBAR AJAMI BERSAMA OSMAN ALI )

Percubaan Osman Ali menerusi karya Bukak Api telah membuka mata banyak pihak terhadap isu seksual dan gender golongan transeksual di ibu kota Malaysia yang beragama islam. Ia dikecam oleh sesetengah pihak sebagai filem yang tidak bermaruah, sengaja memperbesarkan isu seksual murahan dan budaya yang menyimpang dari pemahaman normal masyarakat Malaysia. Tetapi itulah realiti segelintir kehidupan manusia ditengah-tengah kebanjiran dan pergolakan status serta identiti kelompok masyarakat Malaysia. Walaupun ia dikritik sebagai karya yang terlalu sensitif, Osman Ali telah mengukir nama sekali lagi sebagai karyawan muda yang berisiko dalam menghasilkan naskhah seperti Malaikat Di Jendela, lakonan Ning Baizura, Puaka Tebing Biru dan Anak Halal. Kerja-kerja kreativitinya tidak terhenti setakat itu kerana Osman Ali juga banyak terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan, video klip dan sebagainya.



Yasmin Ahmad, pengarah yang lahir menerusi filem Sepet dan Rabun ini pula telah mencipta nama sebagai pengarah kontroversi melalui karya-karya yang boleh dianggap terlalu berat untuk ditafsirkan melalui pemikiran manusia, tetapi bagi saya, beliau adalah seseorang pembikin filem yang mempunyai jatidirinya yang tersendiri. Kehebatan karyanya telah meletakkan namanya sebaris pengarah-pengarah ternama luar negara dan kebanyakkan filem dan karyanya menyertai beberapa festival filem luar negara yang boleh disifatkan sebagai festival filem yang cukup berprestij. Filem Gubra sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Yasmin ahmad dianggap sebagai propaganda agama dan budaya masyarakat Malaysia dengan menjadikan agama sebagai subjek utama dalam garapan naskhah filemnya. Muhksin karya keempatnya sekali lagi berjaya mengharumkan namanya difestival luar negara sehingga berjaya mendapat hak penayangan di salah sebuah pawagam ternama di luar negara. Itulah kehebatan nama Yasmin Ahmad sehingga karya Mualafnya masih lagi ditunggu-tunggu ramai sebagai karya yang bakal mencetuskan lagi kontroversi pada tahun 2009 nanti. Apapun filem talentime arahan Yasmin Ahmad kini dalam proses penggambaran khabarnya. Walaupun dianggap sebagai pengarah yang seringkali mencetuskan kontroversi melalui karya-karya arahannya, Yasmin Ahmad berjaya mengukir nama sebagai pengarah iklan bagi syarikat minyak gergasi PETRONAS kerana semua iklan arahannya yang disiarkan dikaca TV mendapat perhatian ramai dan menyentuh jiwa. Itulah Yasmin Ahmad, seorang idola saya di dalam industri perfileman Malaysia.




Mamat Khalid, Amir Muhammad, Khabir Bhatia dan Afdlin Shauki boleh dikatakan pengarah filem yang sebaris nama Osman Ali dan Yasmin Ahmad dalam berkarya, Justeru, saya berharap satu hari nanti saya 'amy ikram' akan menjadi seperti mereka kalau diizinkan tuhan kerana cabaran untuk menjadi pembikin filem adalah amat hebat dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Justeru, saya berharap agar mana-mana karyawan muda yang ingin berkarya, pastikan anda tidak gentar dengan cabaran pemikiran dan penerimaan khalayak penonton terhadap sesebuah karya yang anda hasilkan. Namun, sebagai karyawan muda seperti saya, saya amat berharap agar, saya dapat menjadi seperti mereka nanti. Insya-allah.

Salam Ramadhan..

Catat Ulasan

0 Ulasan