Pengarah Filem Pesona Non Grata di tahan?



BLOGGER DI TAHAN

Syed Azidi Al Bukhary @ Syed Azidi Abdul Aziz di tahan polis di bawah akta hasutan berkaitan blognya yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan pemimpin politik. Untuk makluman anda, Syed Azidi ini merupakan pengarah filem Pesona Non Grata yang telahpun ditayangkan pada tahun 2006. Namun, ini mengejutkan ramai pihak atas penangkapan beliau di bawah Akta Hasutan. Yang pasti tulisannya mengenai 'kibar bendera cara terbalik' memang agak kurang ajar untuk ditafsirkan sebagai rakyat Malaysia. Jika ingin memperjuangkan hak kite, tak perlulah menyentuh soal sensitiviti ini, lagipun soal bendera malaysia adalah kehormatan negara kita.. Jika isu lain tue.. ok la.. harap-harap blogger yang lain hati-hati atas tulisan masing-masing.. Saya rasa selepas Raja Petra, Syed Azidi pulak.. dan lepas ini.. entah lah..


Dipetik daripada Malaysiakini.com

Seorang lagi blogger ditahan
Sep 17, 08 6:38pm

www.malaysiakini.com

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan