Muallaf Yasmin Ahmad... with Malaysia & Singapore..


INFO TERKINI..

Pembukaan pertama tayangan filem kelima arahan Yasmin Ahmad, Muallaf akan ditayangkan di Picture House, Singapura pada 27 November 2008 sebelum ditayangkan di pawagam Malaysia, pada 25 Disember 2008 iaitu sebulan selepas menemui khalayak di Kota Singa itu. Filem yang mengisahkan dua beradik, Rohana dan Rohani ini mengalami dilema yang sangat mengujakan apabila menjadi mangsa dera bapanya, dan permasalahan tersebut menemukan mereka berdua dengan seorang pemuda berlainan agama, bangsa dan budaya sehingga tercetusnya pertembungan rasa dan keinginan antara satu sama lain. Nantikan tayangan dan temujanji anda pada bulan November di Singapura dan Disember di Malaysia..

p/s: Kemunculan Muallaf dinantikan ramai peminat seni tanah air dan tayangannya pasti merancakkan lagi perkembangan sinema tempatan. Mana tahu Muallaf bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri filem Malaysia selepas dinobatkan nakhah terbaik di Locarno, Tokyo, Pusan dan Armsterdam.. nantikan tayangan muallaf ye..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tulisan yang menarik. Tapi, tahukah anda maksud perkataan "mengujakan"? Dan, bagaimanakah Muallaf "dinobatkan nakhah terbaik di Locarno, Tokyo, Pusan dan Armsterdam"? Terima kasih.
- dol
Tanpa Nama berkata…
err kat mana boleh saya tonton comolot?

maaf, saya tidak sedar tentang kewujudannya kerana sibuk berangan.

di youtube sudah tidak boleh diakses. cuba upload di veoh.com, mereka lebih terbuka di situ.