'Misi membakar Kuala Lumpur... Antoo Fighter sasaran buat Kanak-Kanak?


Semalam, 31 Oktober 2008 bertempat di GSC Mid Valley berlangsungnya Tayangan Perdana filem CGI comedy arahan Azizi Chunk 'Antoo Fighter'. Filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Imagebox ini mengisahkan sekumpulan jembalang yang menamakan diri mereka Drakulat. Misi dan impian mereka ialah untuk menawan dunia sehinggakan berjaya menakluki menara KL sehingga tercetusnya satu revolusi yang menggemparkan seluruh alam semesta. Impian mereka hampir berkecai dengan kemunculan pewaris penentang pasukan hantu jembalang yang terdiri daripada 5 orang anak muda yang diketuai Poh Jee (Radhi OAG). Pembukaan filem ini cukup menggemparkan dengan berlakunya kekecohan hantu Drakulat dengan pasukan penentang asal hantu jembalang sehingga mereka dikurung dalam satu botol dan dibuang ke bumi. Plot penceritaan pada pembukaan naratifnya cukup tersusun, tetapi ada ketikanya jadi tak tentu arah dengan pembinaan 3 act struktur ( permulaan, pertengahan dan kemuncak ). Permulaan filem ini menggambarkan kumpulan Drakulat membuat perjanjian dengan pasukan penentang asal hantu jembalang, katanya mereka akan menawan bumi suatu hari nanti. Ini membawa perkembangan kepada peralihan ke act 2 - pertengahan. Dalam pertengahan, plotnya berterabur dan agak meleret-leret dengan beberapa peristiwa yang agak merapu dan membosankan. Ini boleh dilihat menerusi paparan visual yang tidak diperkembangkan secara terperinci melalui watak dan perwatakan terutamanya pada karektor Gundur dan Dyela. Kedua-dua watak ini perlu diterangkan atau diperkenalkan pada permulaan penceritaan kerana bagi saya karektor Gundur itu adalah penting. Walaupun bukan target pengarahnya pada watak Gundur, namun jangan membuatkan penonton tertanya-tanya 'eh siapa pulak nie.. bila masa dia buat perjanjian?'. Walaupun ia tidak penting, tapi biarlah kewujudan suatu karektor ini diperkenalkan pada permulaan cerita. Ingat jangan tukar pelakon masa permulaan dan pertengahan. Ini mungkin tidak terjadi dalam filem ini, tetapi kekuatan watak dan perwatakan itu dalam filem Antoo Fighter tidaklah sekuat mana pun. Kemuncak filem ini sangat mengujakan dengan peperangan sengit antara Drakulat dan Antoo Fighter. Berjayakah mereka menyelamatkan bandar Kuala Lumpur yang hampir musnah ditakluki jembalang ini?. Anda kena tontonlah sendiri filem ini pada 27 November nanti.

Sinematografi, Suntingan dan CGI

Dari sudut gerak kerja kamera dan penataan cahaya serta sinematografi dalam filem ini amat mengecewakan saya, kerana setiap visual dalam filem ini terumbang-ambing sinematografinya dan sudut fokus objek yang cuba diketengahkan dalam filem ini agak mengelirukan saya. Saya tertanya-tanya 'mana satu fokusnya?. kenapa scene Drakulat itu sinematografinya okay... adakah ia senang nak masukkan CGI?. dan kenapa pulak, masa scene Poh Jee dan rakan-rakannya, cahayanya seperti tidak cukup membantu?, atau mungkinkah ini strategi pembikin filem ini dalam menyampaikan kelainannya.?'. Filem ini bagi saya seperti ada dua konsep sinematografinya... Penggunaan CGI dalam filem ini bagi saya hanya sedang-sedang saja dan ia tidaklah sekuat mana pun. Ingat jangan membuat kenyataan bahawa CGI Malaysia sudah bagus. Kita perlu lagi banyak mempelajari, seperti saya jugak. Sama-sama masih belajar dalam menghasilkan yang terbaik, kerana industri CGI kite masih di tahap yang baru jinak-jinak.. Saya cuma merasakan Antoo Fighter akan menarik penonton kepawagam apabila melihat bandaraya Kuala Lumpur yang di CGInya terbakar dan berasap, seperti jugak Menara Kuala Lumpur yang ditakluki sehingga menjadi sebatang pokok besi yang tinggi. Itu sahaja CGI yang saya rasakan okay. yang lainnya macam saya menonton cerita atau filem Ultraman. Mungkin filem ini dibuat untuk kanak-kanak, dan ia kurang sengitnya bagi saya.
Dari segi dialog, filem ini tiada naratif yang kuat dan ia seperti sebuah filem yang dibikin untuk tontonan DVD mahupun VCD. Justeru, disimpulkan disini bahawa 'Antoo Fighter' adalah filem komedi yang CGInya perlu dibaiki lagi dari semasa ke semasa. Opps!!!

p/s: Filem Antoo Fighter ada pengaruh Mamat Khalid.. kerana ada satu scene yang menggambarkan pemain gitar bermain muzik diwaktu kesedihan.. kata rakan saya 'ada sindiran jugak.. Kuala Lumpur Terbakar?. maksudnya apa?. adakah ia tersirat pulak macam karya Mamat Khalid.. apa lagi tolonglah jawab... huhuhu

keseluruhan filem: **

Catat Ulasan

4 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
2 bintang utk antoo fighter??
ekekee

aku pun pg tgk tayangan perdana tu,duduk sebelah radhi..
teruja gile radhi tgk~

tapi bukan kwn kau sorang je kata ada lawak mamat khalid, ada lagi yg kata camtu..

erm,Ajami pengarah sms tpon aku kata, tajuk filem tu patut tukar jadi Drakulat and the geng.

aku sokong sbb mana ada sgt citer sal antoo fighter tu..yg menonjol radhi oag jerk..lain? dush2...kabur kabur2....hanya jadi mat and minah pacak jerk.

act 2 tu aku sokong kau.mmg tak tersusun..mcm tangkap muat...mcm plan last minute..aduh2...
Tanpa Nama berkata…
lagu dalam blog anda ini menandakan anda org yg formal..tidak sesuai itu filem ini
Amy Ikram berkata…
saudara karim..
saya meminati pelbagai genre muzik yang ada di Malaysia, tidak kira ia global atau tempatan. Yang penting, susunan melodi dan liriknya bisa menyentuh perasaan. saya salah seorang peminat setia P.Ramlee. jadi lagu sean ghazi kira menepati citarasa...
Ajami Hashim berkata…
incik amy, kan guntur yg asal salah sorang antoo fighter (arwah loloq) but then dia keluar dr team coz pak din cilok awek dia!.. kununnya guntur dah evolusi jd muka usop kopratasa! lalala!

dennasour, yalah Drakulat & Geng lagik menonjol apa? hahaha!