Intro daripada amy ikram…
‘selamat datang ke dunia filem pendek’, yang kata orang penuh dengan elemen kontroversi mahupun dunia yang mengimpikan kisah-kisah sindiran, realiti mahupun fantasi yang diungkap ke layar digital untuk tatapan segelintir peminat seni, karyawan ataupun pengkaji media itu sendiri. Membikin filem pendek selalunya dikaitkan dengan pengamal ilmu perfileman lulusan university mahupun kolej yang menawarkan jurusan yang berkaitan. Tetapi, kini menghasilkan filem pendek pula adalah sebagai hobi mahupun tugasan untuk sesuatu program yang dapat dikongsi bersama , bukan sahaja untuk pelajar filem, malahan filem pendek kini dibikin oleh golongan-golongan professional yang bukan dari sekolah filem sahaja, malahan ia meliputi segenap lampiran cabang bidang yang diceburi meliputi lukisan, penulisan, undang-undang, kewartawanan dan sebagainya. Filem pendek yang direalisasikan tayangannya bermula dengan beberapa festival filem pendek dalam dan luar Negara yang diiktiraf oleh sesuatu organisasi, kini penganjurannya pula dilakukan oleh badan swasta mahupun individu perseorangan atau berkumpulan yang diketuai oleh beberapa kelompok yang meminati genre tersebut. Maka lahirlah, program Maskara Shorties yang menghimpunkan puluhan karya-karya daripada para blogger, anak-anak muda dan para penggiat filem itu sendiri khususnya, Mamat Khalid. Walaupun saya tidak dapat datang pada malam tersebut atas urusan lain, namun saya mengharapkan mana-mana pembikin filem yang telah menayangkan karya mereka dapat berkongsi naratif visual di dalam portal youtube kerana ini dapat dikongsi oleh ramai lagi secara digital, dan saya cukup terasa apabila sesetengah pihak membuat andaian bodoh, mengatakan bahawa ‘filem pendek adalah hak sesuatu organisasi dan penyiaran di youtube adalah salah di dalam akta penyiaran’.. eh filem pendek boleh salah jugak ker..?. Jadi marilah kite membuat filem pendek dan kita yang tonton sendiri.. tak ke dianggap syok sendiri?.
MALAYSIAN PREMIERE IN MASKARA SHORTIES
SMS Ajami…
Dalam banyak-banyak karya yang ditayangkan pada malam tersebut, saya juga mencari di dalam youtube atau mana-mana portal jikalau boleh ditonton dan dikongsi bersama, saya hanya terjumpa video pendek yang bernama ‘SMS..’ karya blogger terkenal, Ajami Hashim. ‘ Ini bukan filem pendek tetapi ia adalah video pendek . Kenapa saya cakap macam tue kerana, Filem pendek adalah suatu visual yang dirakam dengan menggunakan filem 16mm atau 35mm, tetapi Video pendek adalah visual yang dirakam menggunakan medium video 3CCD handycam ataupun genre medium yang lain. Walauapapun jenis medium yang digunakan, yang penting adalah mesej dan tema penceritaan yang cuba disampaikan oleh pengarahnya dalam garapan setiap naskahnya. Melalui karya ‘SMS, arahan dan lakon visual, Ajami Hashim; saya merasakan ada sesuatu mesej yang cuba ingin disampaikan oleh beliau pada setiap gambaran visual yang dipaparkan. Rakaman visual yang difokuskan hanya pada waktu malam dengan gambaran beberapa buah kereta dijalan raya bersesak-sesak menuju ke destinasi masing-masing menceritakan kegelisahan yang berlaku dalam kehidupan antara penghantar dan penerima SMS. Daripada bait-bait kata SMS yang diskrinkan untuk bacaan penonton antara kedua-dua karektor yang menamakan mereka watak ‘Kereta 1’ dan ‘Kereta 2’, saya merasakan antara mereka tersimpan satu rahsia samada mereka mungkin pasangan kekasih, skandal mahupun pasangan gay, lesbian ataupun rakan baik. Walauapapun karektor dan tujuan pengiriman SMS yang agak kabur dari segi matlamatnya secara ‘direct’, tetapi tersiratnya nyata memeningkan khalayak penonton biasa, tetapi bagi saya naskah SMS ini cukup tinggi falsafah yang tersembunyi disebalik rakaman visual yang terumbang-ambing seperti rakaman the making of beberapa buah rancangan tv lain. Dari segi kualiti, video ini adalah bertepatan dengan konsep penceritaan SMS yang mungkin ingin memaparkan kegersangan antara dua karektor tersebut dan pemilihan lokasi malam sebagai plot utamanya adalah naratif visual yang cukup membuatkan saya terfikir sejenak bahawa ‘SMS idea yang simple, tidak perlu bajet yang besar, tidak perlu banyak pelakon macam short saya, comolot.. hehehe. Dan yang penting adalah point utama. Apa point utama Ajami dalam SMS?. Saya rasa mungkin pointnya atau plotnya adalah ‘jangan mengirim mesej sambil memandu’. Betul tak?. Atapun …. Memandulah dengan mengirim sms… pastinya anda akan berlaku kecelakaannya… Anda mampu mengubahnya.. Tak gitu?.
p/s: SMS kata orang menjadi teman dikala kite dibuai rindu sambil baring dikatil menikmati muzik latar yang romantic, tetapi SMS Ajami ini cukup merbahaya jika diamalkan kerana kalau anda nak mati cepat.. ikutlah apa yang dipaparkan dalam filem pendek arahan Ajami, SMS ini.. huhuhu
3 Ulasan
pls rev for him! tQ ;-)
tapi sebenarnya mesejnya ialah "jalan raya amat membosankan...so mari kita bersms"
*gurau