Apakah Muallaf tidak akan ditayangkan di Malaysia?


Kata teman blogger yang cukup sensasi, Ajami Hashim 'filem Muallaf mungkin tak akan ditayangkan dipawagam Malaysia!', kenapa ye?. Adakah sebab isu yang diketengahkan iaitu 'convert religion' antara pertembungan dua budaya dan agama dalam sebuah kehidupan masyarakat Malaysia yang sangat unik. Apakah kite takutkan kontroversi yang bakal melanda lagi jika ia ditayangkan jugak?. commontlah... ia hanya sebuah kisah untuk renungan bukannya sebuah karya yang memaksa anda meninggalkan agama asal dan kembali kepada agama lain. Itu tak masuk akal, kerana Yasmin hanya pembikin filem yang mengutarakan sesuatu isu agar difahami dan setiap penonton perlu bijak menilai sesebuah karya dengan 'menonton' bukannya mendengar ulasan orang lain. Filem Muallaf sebenarnya, telahpun ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa dan ramai yang memujinya, termasuklah saya tidak sabar untuk menunggu tayangannya di Malaysia. Kalau benarlah kata Ajami ini, Muallaf tidak akan ditayangkan, nampak gayanya kite kehilangan sebuah karya yang benar-benar cukup kuat antonasi pemikiran dan falsafahnya. Saya rasa tidak, kerana dalam portal sinema Malaysia menyatakan Muallaf bakal ditayangkan pada tahun 2009, tapi tarikhnya belum dipastikan lagi. So, Moon dari Mhz Film.. boleh jelaskan keresahan setiap pertanyaan di bawah ye.. saya perlukan sangat info dari kak yasmin ye... Dalam membicarakan pasal filem Muallaf yang saya rasa bakal memenangi Best Screenplay di FFM22 yang bakal di adakan di Kota Kinabalu, Sabah tahun 2009 nanti, Muallaf baru-baru ini telah memecahkan rating penonton yang cukup tinggi apabila ia ditayangkan di 'The Picturehouse, Singapore baru-baru ini. So.. pada penonton Malaysia, kita doakan agar Muallaf berjaya ditayangkan di Malaysia dan saya amat risau sekiranya banyak adegan yang akan dipotong dan ini akan menjejaskan isi cerita kerana setiap shot dalam sesebuah scene dalam filem arahan Yasmin, cukup simbolik maksudnya...

So, pada anda yang rindukan akan karya terbaru pengarah cukup kreatif ini, anda boleh tonton video Exclusive ini yang menemubual secara live Yasmin Ahmad di salah sebuah program di Singapore. So.. let's go guys... kite tonton video ini ye...

* Untuk menonton video exclusive bersama Yasmin Ahmad tentang filem Muallafnya, sila layari dua laman ini:-

http://www.razor.tv/site/servlet/segment/main/entertainment/15532.html

http://www.razor.tv/site/servlet/segment/main/entertainment/15534.html

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
aku kata 'mungkin' tak bermaksud kena ban yer! hahaha!

tetiba secara tak sengaja aku ter-meng-hype-kan muallaf kan?

kita sama-sama tunggu & lihat 2009 ekk?

p/s: cuba kau baca betul-betul posting dan komen2 kat blog lama yasmin sendiri ;-)
Amy Ikram berkata…
tq.. ajami... aku dah update balik artikel ini..

'MUALLAF MUNGKIN TIDAK AKAN DITAYANGKAN'...

So harap2 la dia tayang jugak...hmm