'Panas dan Sangat Provokatif..... Teater Bilik Sulit perdebatkan isu realiti tahanan ISA?


'Bilik Sulit', ia bukan sebarang teater yang dilakonkan secara rekaan atau mengikut naratif penceritaan yang digubah pada kebanyakkan konsep teater yang ada di Malaysia, namun ia boleh dikatakan sebuah pementasan ringkas yang memaparkan isu yang sangat menyentuh perasaan dan agak panas isi kandungannya. Bilik Sulit arahan pengarah filem profilik, Hishamuddin Rais dan pelakon Mislina Mustaffa ini merupakan kisah realiti yang berlaku di sebalik tirai besi terhadap tahanan-tahanan ISA yang diseksa tanpa perikemanusiaan di dalam sebuah penjara yang dikelilingi kuncu-kuncu kerajaan yang hidup berpaksikan rasuah dan penipuan yang amat dasyat. Penggunaan dialog dan susur kata di dalam visual teater ini agak daring dengan dialog-dialog 'lucah' yang sememangnya berlaku di dalam masyarakat Malaysia yang berpura-pura hidup dengan nilai adat dan budaya yang disanjungi. Apakah itu realiti di sebalik tirai besi yang digambarkan oleh Hishamuddin Rais di dalam naskhah Bilik Sulit ini?. Rata-ratanya mengaku 'YA'... itulah gambaran sebenar betapa kejamnya akta ISA yang perlu dimansuhkan, demi memelihara keamanan dan kedamaian hidup yang hakiki. Kekejaman akta ini dikupas secara sindiran dan ketajaman seni lakonan yang dipersembahkan oleh setiap para pelakon teater ini, yang sedikit sebanyak membuatkan saya tidak senang duduk dan seolah-olah 'panas seketika' dengan isu yang diperdebatkan di dalam teater Bilik Sulit ini. Ia bukan karya untuk mempersendakan sesiapa, tetapi ia sebuah naskhah untuk memaparkan secara artistik bahawa sesuatu akta itu perlu dikaji secara terperinci dan hendaklah diadili secara berhemah, bukannya seperti 'anak anjing yang di sepak tuannya'. Dari segi lakonan, setiap persembahan para pelakonnya boleh dipuji terutamanya pada watak Jasni, lakonan Moizzasr Chong yang disepak dan diterajang di dalam teater ini dan ia 'di bogelkan separuh sehingga menampakkan sedikit seluar dalamnya'.. ia sangat provokatif dan mencabar pemikiran penonton seketika. Keberanian para pelakonnya dalam mengupas isu yang ditulis skripnya oleh Hishamuddin Rais ke bentuk teater, bolehlah dipuji kerana bagi saya 'Bilik Sulit' ini merupakan sebuah teater yang agak berani mengupas sesuatu isu secara jujur dan ia dipentaskan mulai 20 hingga 23 Disember 2008 di Bar Council, Kuala Lumpur. Justeru itu, bagi para peminat seni teater dan aktivis politik, anda di jemput hadir menyaksikan teater ini yang agak panas dan akan berakhir malam ini, 23 hb Disember 2008...

HISHAMUDDIN RAIS


MISLINA MUSTAFFA


p/s: Berani dan sangat provokatif... scene yang agak berani ialah watak jasni.. nasib baik tak dibogelkan langsung.. kalau tak riuh rendah panggung... apapun.. tahniah Hishamuddin Rais...

Catat Ulasan

0 Ulasan