Salam Aidiladha...

Mungkin agak terlewat dari kebiasaannya untuk mengucapkan 'Salam Aidiladha' buat semua blogger industri hiburan dan filem Malaysia serta semua pembaca setia blog 'colour of film' ini. Ketika bicara ini ditulis, saya berada di Alor Setar, Kedah bersama keluarga tercinta dalam menyambut perayaan yang kata sesetengah orang agak biasa dan hanya wajar disambut oleh golongan yang mengerjakan umrah sahaja. Siapa cakap?. Saya cukup tersentuh, apabila sesetengah pihak mengandaikan bahawa 'hidup ini adalah lama lagi' dan kenapa perlu kite tunduk dan sujud walhal ada diantara kite banyak bergelumang dalam dosa dan kerosakan. Astafirullah... ada yang berkata sedemikian pada saya baru-baru ini, 'ketika di mintak turut serta untuk menunaikan solat, jawapan yang saya terima 'tak biase lah'... Nampak gayanya, mereka ini hanya cintakan dunia bukan cintakan para pencipta mereka. Saya tidak mahu bercakap banyak soal ini, kerana ia isu yang cukup sensitif dan nanti ada komen masuk cakap 'hipokritlah'... itulah realiti masyarakat Melayu yang hidup kebanyakkannya berpaksikan duniawi semata-mata.. Bukan tidak boleh, seimbangkanlah ia dan jangan menilai orang lain dengan keburukan, dan cerminkanlah diri kite dulu sebelum orang lain kite nilaikan... Akhir kata, salam aidiladha buat semua pembaca, kawan-kawan, teman artis dan para blogger dengan seribu kemaafan dipohon..
Wassalam..
amy ikram ismail

Catat Ulasan

0 Ulasan