Satu gerak seni tubuh yang eksotik....... Butoh Caravan sangat provokatif!


'Dalam seni gerak tubuh di peringkat antarabangsa, ia boleh dikenali sebagai satu gerak seni yang menggabungkan unsur tari dan teater melalui 'body language' yang diwujudkan bagi menggambarkan sesuatu exspressi perasaan yang adaketikanya sangat provokatif dan mencabar pemikiran pada penonton terhadap corak persembahan para seniman di pentas tanpa mengenakan sebarang pakaian, hanya menutup kemaluan dan bukan elemen seksual murahan', itulah yang boleh digambarkan serba sedikit mengenai persembahan Butoh Caravan yang telah dipentaskan semalam di Orkestra Hall, Aswara. Barangkali suatu elemen kontroversi jika ia dipentaskan mengikut acuan persembahan global yang pelakonnya berbogel dengan paparan gerak tubuh yang mengujakan, namun ia tidak berlaku semalam di Aswara, kerana mereka menghormati adat dan budaya Masyarakat Malaysia yang cukup sensitif. Elemen seni seperti ini sangat provokatif dan amat memeranjatkan buat penonton yang pertama kali menonton persembahan Butoh ini, kerana ia adalah persembahan secara jujur yang mengadaptasikan pemikiran melalui gerak tubuh yang memberikan signifikan yang tersendiri. Diantara persembahan yang dipersembahkan dalam Butoh ini semalam di Aswara, penonton dihidangkan dengan pelbagai bentuk persembahan yang sangat eksotik dan adaketikanya memeranjatkan kerana para seniman yang mempersembahkan Butoh ini adalah rata-ratanya penggiat Butoh di Japan yang berani mengetengahkan bentuk persembahan mereka tanpa menghiraukan khalayak yang hadir. Yang menjadi perhatian saya semalam dan para blogger yang lain, terutamanya rakan blogger, Ajami, penonton dipersembahkan Butoh ada ketikanya tanpa iringan muzik, hanya sunyi dan yang hanya nampak adalah gerak tubuh seolah-olah memberikan sesuatu maksud yang agak kabur, dan barangkali anda pelajar jurusan tari tahu apa yang dimaksudkan oleh setiap corak persembahan semalam. Selain itu, penonton di sogokkan sebuah persembahan daripada seorang seniman Butoh wanita dari Jepun ini yang tidak segan silu 'melodehkan seluar dalamnya sedikit demi sedikit sehingga khalayak yang hadir terdiam dan penuh khusyuk menyaksikan apakah wanita itu akan berbogel dan menampakkan c****nya. Wallahuallam. . Ia tidak berlaku dan itu cuma mungkin salah satu penghayatan yang cuba ingin digarapkan oleh seniman tersebut. Barangkali jika bukan di Malaysia, pastinya ia lebih eksotik, lagi memeranjatkan dan penuh elemen provokatif yang mungkin akan mengeruhkan keadaan. Namun, sebagai pencinta seni persembahan seperti ini, Butoh adalah adaptasi bentuk tari tubuh secara radikal yang memerlukan pengorbanan dan keberanian pengkaryanya dalam menampilkan sebuah corak persembahan yang adakalanya mungkin dianggap sangat seksual, dan pastinya semalam Butoh caravan ini sangat unik dan amat mendalam maksudnya, dan saya agak kabur kerana saya bukan pelajar jurusan tari yang mungkin tahu apakah falsafah yang disampaikan dalam corak persembahan tersebut, kerana saya cuma tahu akan sebuah garapan dari aspek perfileman sahaja, tetapi kadang-kadang ada pencinta seni memperkatakan bahawa, 'tari, teater, muzik dan filem adalah saling berkaitan antara satu sama lain', apakah ia benar?. Anda mampu merungkai persoalan ini. Ada berani?.

* Contoh Butoh Caravan ini jika dipersembahkan di luar Malaysia seperti Tokyo, ia adalah penuh eksotik yang memeranjatkan.. ..




kalau yang lain, anda carilah sendiri kat dalam portal online Youtube la ye... kalau banyak-banyak komen nanti, ada orang cakap i nie tak ada agama pulak.. wallahuallam

Catat Ulasan

0 Ulasan