Amukan Realisme anak-anak muda…... Budak Kelantan singkap persoalan sosial yang sangat provokatif..




‘sebuah filem yang sangat menarik, apatah lagi menggunakan latar Kuala Lumpur di sebalik penceritaan yang mempertaruhkan dialek Kelantan sepenuhnya’, itulah yang boleh digambarkan menerusi filem terbitan Alternate Studio, ‘Budak Kelantan’, arahan Wan Azli yang telahpun di tayangkan pada 30 Oktober 2008 yang lalu. Mungkin agak terlambat untuk berbicara mengenai filem ini, tetapi isu dan persoalan yang cuba ingin di sampaikan oleh Wan Azli menerusi ‘Budak Kelantan’, adalah sangat provakatif. Pembukaan filem ini memaparkan kehidupan sekelompok remaja dari ‘Kelantan’, yang menjadikan Kuala Lumpur menerusi latar tempatnya Pandan Mewah, sebagai port utama kepada permasalahan dan keruntuhan institusi kekeluargaan, di mana gaya hidup anak-anak muda dari Kelantan ini yang diwakili watak, Jaha adalah terlalu mengagungkan kehidupan ‘ala Amerika’, yang disanjunginya. ‘Arak, rokok, judi dan seks bebas’adalah permainan dan makanan seharian Jaha dan rakan-rakannya. Inilah kerosakan minda anak-anak muda dari Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur, dan melupakan pegangan agama sebagai latar masa yang diwakili watak Buchek dianggap agak kecil dan memberikan sedikit tamparan kepada kehidupan yang agak kritikal. Buchek, watak yang mewakili anak-anak muda yang baik dan tidak lupa agama dan tuhannya, bergaul dalam kelompok Jaha, sedikit sebanyak menggoncang erti persahabatan antara Jaha dan Buchek, demi seorang perempuan Cina yang diculik Jaha, sebagai pemuas nafsu seks serakahnya. Naratif penceritaan filem ini berpecah kepada dua, iaitu dunia gelap Jaha yang terlalu mengagungkan budaya sosial ala-Amerika katanya, dan kehidupan berlandaskan pegangan islam dan budaya yang tinggi mewakili watak Buchek, lakonan Danny X-Factor. Ia bermain dengan teknik suntingan filem yang sempurna antara penceritaan watak Jaha yang di selangi dengan watak Buchek, yang saling berkaitan kerana mereka berdua adalah rakyat Kelantan tetapi mempunyai kehidupan yang berbeza. Ia seolah-olah memberikan sesuatu peringatan kepada khalayak bahawa inilah gambaran realiti yang berlaku sebenarnya dalam kehidupan masyarakat remaja bukan sahaja tertumpu kepada golongan remaja Kelantan, tetapi ia juga berlaku kepada remaja lain tidak kira dari Kuala Lumpur, Kedah, Penang, dan sebagainya. ‘Budak Kelantan’, ia mempersoalkan kehidupan remaja yang tiada pegangan agama dan moraliti dalam kehidupannya yang sanggup menggadaikan erti sebuah persahabatan demi nafsu seks serakah Jaha yang tiada berkesudahannya. Akhirnya, watak Jaha menemui penghujungnya apabila ia terkorban dalam nahas jalan raya, demi untuk berubah dalam pencarian cinta yang sejati. Walaupun filem ‘Budak Kelantan’, ini adalah kisah remaja sepertimana filem ‘Kami’, tetapi ia mempunyai intipati yang berlainan kerana ‘Budak Kelantan’, walaupun dialog dan pertuturan bahasanya sukar difahami tetapi corak persembahan dan gaya pemikiran yang cuba di sampaikan pengarahnya, amat mudah difahami iaitu ‘kisah cinta, persahabatan dan persoalan sosial’, adalah rumusan kepada filem ini.

Penggunaan muzik latar serta sentuhan liriknya amat mendalam maksudnya kerana setiap visual yang dipaparkan di dalam setiap frame filem ini, menceritakan apa sebenarnya yang akan berlaku dalam filem tersebut. Cuba hayati bait-bait lirik pada pembukaan dan pengakhiran filem ini, ia menceritakan bahawa anak-anak muda Kelantan ini adalah digambarkan seperti seekor tupai yang kerjanya mencari mangsa untuk ditebuk ; yakni untuk memuaskan nafsu seksnya.’ Apakah ini realiti anak-anak pribumi Kelantan?. Bukan menyangkal gaya hidup mereka, tetapi ia adalah realiti yang perlu difahami dan ingat tidak semua anak-anak Kelantan bersikap sedemikian, cuma segelintir sahaja yang mahu ia dibelai manja dengan cara paksaan; rogol. Penggunaan visual yang dibantu dengan rakaman kamera yang bersahaja dalam merakamkan setiap minit dan adegan dalam filem ini, agak biasa dan ia menunjukkan filem Budak Kelantan ini adalah dari Point of View remaja itu sendiri, maka kameranya agak seperti menggunakan handheld. Justeru, sebagai pembikin filem Wan Azli berjaya menyingkap erti sebuah kehidupan remaja Kelantan di bandar Kuala Lumpur dengan menjadikan flat murahan sebagai latar tempat kepada penceritaan filem ini. Oleh itu, Budak Kelantan perlu ditonton oleh semua anak-anak muda Kelantan, peminat filem dan pelajar filem kerana ia memberikan satu plot yang agak kuat, naratif penceritaan yang agak sempurna dan lakonan yang bersahaja dari muka-muka baru dan pelapis indusri hiburan dan filem tempatan. Akhir kata, Budak Kelantan sebuah filem untuk remaja yang tidak mengecewakan..

p/s: Tonton juga filem U-Wei Hj Shaari, kerana filem Budak Kelantan seperti karya Indipendent yang ironinya agak panas dengan isu permasalahan sosial dalam sebuah kehidupan masyarakat yang berbudaya tinggi.

Keseluruhan filem ini : *****




Catat Ulasan

3 Ulasan

mahhass berkata…
"Handheld", bukan "handhell". Lain maksud tu :)
Amy Ikram berkata…
thank's atas peringatan ejaan itu. dah dibetulkan
Tanpa Nama berkata…
Sampai sekarang aku teringat lagi babak culik amoi tu. Menyirappppp aku beb..

Cayalah Azli (Senior sekolah aku) hehe :D