Coklat Stroberi... Sebuah kisah tentang cinta dan perasaan...


INI BUKAN FILEM GAY.. TETAPI IA ADALAH PAPARAN CINTA YANG SANGAT KOMPLEKS!!

Filem ini telah pun ditayangkan di Indonesia sekitar tahun 2007 yang lalu, kiranya sudah 3 tahun dan ia masih lagi bisa diperkatakan ramai antara sebuah filem Indonesia yang berani mengupas isu cinta 3 segi antara seorang perempuan yang menyintai seorang lelaki, padahal lelaki tersebut menyimpan satu rahsia yang amat mengejutkan di mana ia adalah seorang homoseksual. Permulaan filem 'Coklat Stroberi' ini merujuk kepada dua karektor lelaki iaitu Nesta ( Nino Fernandes) dan Aldi (Marrio Merdhithia) yang bersahabat dan memilih untuk tinggal bersama di sebuah banglo yang juga di huni oleh dua orang cewek Key (Nadia Saphira) dan Citra (Marsha Timothy). Perkenalan mereka berdua dengan cewek tersebut menimbulkan rasa cinta antara Nesta dengan Key yang akhirnya terjadi suatu perkara yang sukar diramal dan mengejutkan.Apakah kejutan tersebut?. Anda kenalah menonton filem Coklat Stroberi ini. Berbalik kepada isi cerita, filem ini penuh touching dan amat menyentuh perasaan di mana Aldi tidak dapat menerima kenyataan bahawa pacarnya, Nesta menyintai seorang perempuan, padahal Nesta dan Aldi adalah pasangan gay sejati. Perlukah Nesta berubah demi cinta pandang pertama dengan Key. Bagaimana pula dengan Aldi?. Semua akan terjawab dalam sebuah filem arahan Ardy Octaviano ini yang boleh di dapati dalam bentuk DVD di Indonesia Cinema Online. Justeru, saya boleh katakan ia sebuah filem tentang persahabatan, percintaan dan perasaan dan ia mampu membuatkan hati anda tersentuh menyaksikan Coklat Stroberi ini.

* Gambar-gambar menarik yang terpilih di dalam filem ini:-

so macam mana... ada orang tanya saya... kesamaan Coklat Stroberi ini seakan kisah comolot.. jika ia dipanjangkan.. maybe jadinya.. so.. anda kenalah tonton filem ini kerana ia memperdebatkan tentang kasih sayang dan persahabatan..

Catat Ulasan

0 Ulasan