‘Curi dan Ciplak Idea Penulis Skrip…... Bikin cerita baru untuk kepentingan diri…’


Budaya menciplak idea penulis skrip dan mencuri hak cipta pemikiran pemilik asal cerita sesebuah karya filem mahupun drama, bukan persoalan yang agak biasa dalam industri hiburan dan filem tempatan. Ia seolah-olah sudah sebati di dalam diri sesetengah produser filem mahupun drama, kerana ada sesetengah daripada mereka akan menerima sesebuah sinopsis dan mengolah ke bentuk lain dengan menggunakan khidmat penulis skrip lain, seterusnya mengadakan penggambaran. Maka, golongan pemilik idea asal akan tersingkir dan di sisihkan atas sikap segelintir produser mahupun penerbit sesebuah rancangan yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya sesebuah idea itu diolah dah ditukar sedikit ayat atau perjalanan isi kandungan sesebuah cerita, maka seseorang penulis atau pemilik asal sesebuah karya tidak ada hak untuk menuntut kerugian. Persoalan ini perlu di perbincangkan dengan teliti mengikut Akta Hak Cipta 1987, supaya kepentingan penulis dan pemilik asal cerita tidak akan di sisihkan dan terpelihara.

Isu ini timbul semasa saya mengadakan perbincangan semalam dengan beberapa orang rakan media tentang sikap segelintir produser drama yang mahukan idea yang agak fresh dari penulis-penulis baru, dan berani pula mengolah sesebuah idea tanpa kebenaran pemilik asal demi mengaut keuntungan daripada sebuah karya yang akan di filemkan atau di skrinkan. Apakah ia perjalanan yang sihat bagi industri hiburan dan filem tempatan untuk tahun ini dan masa akan datang?. Sekiranya ini di biarkan berlaku dan tanpa pantauan daripada mana-mana pihak, industri kita akan dipelopori oleh perosak-perosak yang akan menghancurkan masa depan industri perfileman tempatan. Apabila bercakap mengenai kes kecurian idea dan sinopsis asal daripada kalangan penerbit drama tempatan mahupun filem, teringat saya pada ugutan yang di terima beberapa hari lepas daripada rakan saya sendiri, meminta saya mengirimkan e-mail mengandungi satu sinopsis treatment sebuah telemovie berdasarkan sambungan kepada filem pendek saya. Saya mengirimkan e-mail padanya yang mengandungi sinopsis lengkap dan saya percaya kepadanya. Selepas itu, dia menghubungi saya dan memberitahu yang dia akan menerbitkan telemovie tersebut dengan skrip baru berdasarkan olahan kepada sinopsis saya. Saya bertanyakan apakah rasional atas tindakannya?. Dan meminta ia memulangkan hasil karya saya, sekiranya bukan saya yang mengarahkan. Katanya, ia cuma bergurau dan mahukan saya mengarahkan juga telemovie tersebut. Kepercayaan saya pada kata-katanya mula kian terhakis atas sikap tidak professionalnya terhadap professionnya sebagai pembantu penerbit sebuah drama tempatan di salah sebuah production house yang cukup terkenal. Apakah perkara ini perlu di biarkan dan kemungkinan ramai lagi mangsa-mangsa baru akan di carinya. Di harapkan ia tidak akan berlaku, jika ia berani menerbitkan jugak sinopsis saya, maka kata teman media ‘tindakan undang-undang akan di ambil’, kerana ia menggunakan hak cipta idea asal tanpa kebenaran pemilik asal’. Justeru, diingatkan juga pada teman-teman karyawan muda yang lain agar berhati-hati dengan sikap penerbit drama seperti ini, kerana golongan seperti ini tidak ada iniasitif lain untuk menghasilkan karya berdasarkan idea sendiri dan hanya popular dengan idea orang lain. Harap-harap teman saya tue , tak la macam tue sikapnya ye.. Kalau benarlah gurauan dia, mungkin kita akan melihat dua tajuk yang sama akan diterbitkan oleh dua produser yang berbeza. Sayangilah industri kita, jangan hancurkan ia dengan sikap iri hati kita untuk kepentingan diri sendiri.

p/s: produser nie nama dia bermula dengan huruf S***** M**** di salah sebuah produksi drama terkenal.

Catat Ulasan

0 Ulasan