‘Mampu Kuasai Pasaran Antarabangsa…... Geng: Upin & Ipin, setaraf produk Hollywood.



Pertama kali, terima kasih buat Kak Nurul, dari Les’Copaque Production dan team-team produksinya yang memberikan layanan cukup baik buat semua media dan blogger semalam, semasa Tayangan Perdana Filem Animasi 3D ‘Geng: Upin & Ipin’ di Cathay Cineplexes, Damansara. Filem yang menelan belanja RM 4 juta ringgit ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada MIMOS BERHAD, McDEC dan Kerajaan Malaysia ini merupakan produk animasi 3D Malaysia yang boleh dibanggakan. Ia seakan-akan karya terbitan Warner Bros, Disney dan Dreamworks yang sememangnya di akui kemantapan mereka dalam menghasilkan sesebuah produk. Geng: upin & Ipin terbitan Les’Copaque Productions ini mengisahkan sebuah penggembaraan unik yang merentasi hutan hujan tropika yang divisualkan dalam animasi 3D yang cukup indah melalui karektor Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin yang bersahabat dalam sebuah geng penggembaran untuk membongkar rahsia ‘Hantu Durian’ yang khabarnya menghantui masyarakat Kampung Durian Runtuh, yang sebelum ini telah dibongkarkan oleh Tok Dalang. Penggembaran mereka ke dusun milik Tok Dalang, telah menyesatkan diri masing-masing ke dalam hutan tebal, sehingga mereka ditemukan dengan seekor alien, Oopet yang memiliki naluri persahabatan dan kasih sayang yang cukup kuat. Rajoo, seorang kanak-kanak india yang hanya memahami bahasa binatang dan ini membolehkannya memahami setiap percakapan Oopet yang memberikan segala petunjuk jalan dan arah di dalam hutan. Di dalam animasi ini, penonton di bawa kepada satu alam khayalan yang cukup unik di mana mereka di buru dan dikejar oleh pelbagai haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa masing-masing. Mampukah mereka menyelamatkan diri masing-masing?. Anda kenalah menonton filem animasi Upin dan Ipin ini yang penuh dengan adegan suspend dan mendebarkan, di pawagam serentak seluruh Malaysia, 12 Februari 2009.

Jika di lihat dari aspek teknikal animasi 3D, adunan bunyi dan audio serta colour grading dalam keseluruhan filem animasi ini boleh di banggakan ke tahap yang tertinggi kerana ia menggunakan tenaga kerja 40 orang animator yang perlu menyiapkan lakaran, efek dan cerita Geng:Upin dan Ipin ini. Ia adalah sumber tenaga kreatif yang agak sedikit jika di bandingkan dengan tenaga-tenaga kreatif produksi antarabangsa yang mungkin bajet produksinya mencecah USD$40 juta, tetapi Upin dan Ipin ini ia hanya menggunakan RM 4 juta dari aspek keseluruhan produksi merangkumi pembayaran tenaga kerja, promosi dan pasca produksinya. Penantian hampir 2 tahun untuk menyaksikan karya sulung Les’Copaque ini boleh dibanggakan dan agak berbaloi kerana, filem Geng:Upin & Ipin ini menghidangkan plot cerita yang agak suspend dan mendebarkan serta mempunyai naratif penceritaan yang agak kompleks dengan adunan bunyi efek yang agak memukau pendengaran. Sekiranya anda salah seorang peminat filem-filem animasi seperti Shrek, Kungfu Panda, 3D Bolt dan Toy Story, maka filem Geng:Upin dan Ipin ini perlu ada tonton kerana kualiti penceritaan, animasi 3D dan efek dalam filem ini adalah setaraf filem-filem animasi Hollywood yang menggemparkan. Justeru, boleh di simpulkan di sini bahawa, Malaysia melalui filem animasi pertama 3D ‘Geng : Upin dan Ipin’ ini adalah sentuhan kreatif beberapa orang anak muda lulusan MMU, yang di ketuai oleh pengarahnya Mohd Nizam bin Abdul Razak, adalah merupakan sebuah karya animasi yang teramat sangat boleh di banggakan. Oleh itu, harapan saya agar animasi ini boleh pergi jauh sehingga menembusi pasaran antarabangsa seperti- filem-filem animasi keluaran Walt Disney, Dreamworks dan Warner Bros. Dan kepada anda semua peminat filem tidak kira kanak-kanak, yang tua atau muda ; Geng:Upin dan Ipin ini perlu anda tonton pada 12 Februari ini di semua pawagam seluruh Malaysia. Ingat, tonton yang asli, sekiranya anda benar-benar peminat filem dan jangan rosakkan hasil kreativiti anak-anak melayu kita dengan menonton yang cetak rompak.

p/s: Filem Animasi 3D, Geng : Upin dan Ipin ini khabarnya akan ditayangkan di pasaran antarabangsa merangkumi negara-negara Amerika Syarikat, Turkey, Singapore dan sebagainya pada tahun ini. Kata penerbitnya, Hj Burhanuddin Md Radzi, mungkin ‘kita akan menukar bahasa pengantaraannya kepada bahasa yang diterima di negara itu. Tetapi, bagi saya kalau bahasa melayu di suara latarnya di kekalkan sehingga ke seluruh negara, dan cuma di subtitledkan kepada bahasa English, maka dunia filem global akan melihat inilah karya animasi 3D dari Malaysia yang cukup boleh di banggakan. Tahniah buat semua tenaga produksi Les’Copaque Production kerana menghasilkan sebuah filem animasi 3D yang paling gempaq dan amat menghiburkan dengan paparan visual dan bunyi yang mencemaskan. Tahniah…


Catat Ulasan

3 Ulasan

Invader Voobee berkata…
Kami dah update blog Geng tentang Press Preview. Part2 akan diupdate kemudian.

http://gengmovie.blogspot.com/2009/01/geng-press-preview-part1.html

Thanks again kerana datang dan blog tentang kami.
Animonsta Studios berkata…
Terima kasih kerana sudi datang ke Press Preview filem kami.jgn lupa ye ajak org2 kampong tengok wayang nnt :P
fuad mddin berkata…
thanks for reviewing geng : pengembaraan bermula :D

sini ada blogkit khas utk bloggers :D

http://www.lescopaque.com/onlinekits/

ada widgets and banners.

:D