Apakah tanggung jawab seseorang pengarah itu dalam menghasilkan sesebuah karyanya?. Adakah ia menghasilkan karya ringan yang akhirnya memperbodohkan penonton yang cerdik pandai?. Dan sanggupkah penonton tempatan akan membayar harga tiket untuk menonton sesebuah filem yang porak-peranda?. Itulah serba sedikit yang dapat saya katakan menerusi filem 'Sifu & Tongga', arahan dan lakon layar Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Filem ini amat ringan dan longgar pemikirannya, apatah lagi kemunculan Nabil dari rancangan realiti Raja Lawak, mungkin akan menarik penonton ke pawagam yang dahagakan wajahnya di kaca tv dan mahu melihatnya beraksi di layar filem. Jika bagi saya dan pengkritik filem yang lain, filem ini amat mengecewakan dan hanya sama dengan komedi-komedi ringan garapan Prof. Razak yang lain. Cuma, yang menarik perhatian saya adalah kemunculan Raja Kontroversi, Azwan Ali yang memegang watak mak nyah yang dahagakan anak-anak ikan. Gorgeous!. Jika di beri watak mak nyah ini pada artis lelaki lain, ia tidak akan menjadi dan cuma sekadar hipokrit yang menyakitkan. Dari segi mutu lakonan pada keseluruhan karektor utama dalam filem ini amat mengecewakan dan ia seolah-olah sebuah filem yang murah, sampah dan membosankan. Kata teman blogger sensasi yang sama menghadiri sesi tayangan filem ini semalam di GSC Mid Valley, ' enjoykan group audience sebelah sana, apakah mereka tidak rasa ia sebuah filem yang bodoh', kerut dahinya menyaksikan inilah industri filem dan hiburan tempatan yang boleh menjual filem sampah dan akan box-office dengan pelakon baru dan ia tidak mementingkan struktur naratif. Bagi saya, jika di buat perbandingan antara kesemua filem komedi yang ada, saya cuma tabik pada filem Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan Saw Teong Hin sahaja'. Jika pengarah filem lain menghasilkan genre komedi, 'apakah ia karya yang memperbodohkan penonton lagi, cukuplah satu dan dua yang ada'. Dan kesimpulannya, filem ini amat mengecewakan khalayak blogger yang hadir. Tidak percaya?. Tunggu sahajalah tayangan umum pada 29 Januari 2009 di semua pawagam.. Oh tidak!!!!
p/s: Maaf jika anda terasa. Saya mengkritik atas kebenaran dan saya tidak mahu hipokrit jika karya itu biasa dan saya agungkan. Wallahuallam..
p/s: Maaf jika anda terasa. Saya mengkritik atas kebenaran dan saya tidak mahu hipokrit jika karya itu biasa dan saya agungkan. Wallahuallam..
10 Ulasan
owh, i tak perlu ke panggung untuk tahu cerita ini akan memperbodohkan...baca nama pengarahnya saja sudah tahu..
memang saya bukan pengkritik filem macam Hassan Muthalib atau Abd Wahab. Saya cuma melihat dan menonton filem dan memberikan ulasan ringkas dalam blog saya, dan saya ada hak untuk mengupas sesebuah perkara dengan menggunakan nama saya, bukan berpaksikan nama samaran yang tidak diketahui. Blogger dan pengkritik adalah saling berkaitan, dan ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya. Terima kasih atas sebarang pandangan..
Kita tidak perlu menyembunyikan diri jika kita benar berbicara
memandai pulak kau pukul rata semua blogger lain seteruk kau. kecik hati diorang.
- saudari tanpa nama
ini filem sulungnya yang buruk utk tahun 2009,yang akan diikuti oleh filem2 nya yang lain.
mmg saya tahu dr 'Prof' Madya a razak mohideen mmg cite ni tkkn jadi best pon..
tmbh2 ade apek dan piee...
sampai bile die nk sedar yg karya die dah basi dan lapuk ..
terus terang,kawan2 saya pegi tgk sume ckp menyesal...
comment yg same dr setiap sorang:-
nabil deserved better for his debut movie..dan lawan slapstick(or spastik) same skali x sesuai ngn nabil.
aduhai nabil...
harap die x terburu-buru sangat nk sign contract untuk blakon for a studio film..
sgt pnting untuk bace skrip movie itu btul2..
esp frm razak mohideen..