Dalam kesibukan dunia berbicara mengenai serangan zionis terhadap Palestin di sempadan Gaza yang telah mengorbankan jutaan rakyat Palestin, dunia seolah-olah memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh Israel termasuk barang-barang berjenama dari segi pakaian, produk kecantikkan, barang-barang teknikal elektrik sehinggalah ke produk-produk makanan. Jenama seperti KFC, McDonalds dan Starbuck Coffee antara puluhan nama yang tersenarai dalam kempen 'Memboikot Barang-Barang Israel' kesan daripada peperangan tersebut. Apakah kewajaran kita sebagai rakyat Malaysia turut sama memboikot barang atau produk tersebut?. Apakah kita turut menyumbang kepada kejatuhan bangsa Palestin seandainya kita tetap membeli atau membelanjakan wang untuk menikmati makanan seperti McDonalds, KFC mahupun Starbuck Coffee?. Bukan ingin mempersoalkan tentang kempen memboikot tersebut, tetapi sekiranya ini berlaku maka pelbagai spekulasi negatif akan terjadi terhadap sesebuah produk. Justeru, jangan kelirukan pembaca dengan statement atau kenyataan berkaitan kempen tersebut, kerana kajian terperinci perlu dilakukan oleh semua pihak atas jenama tersebut. Apakah pengaliran wang kita akan di beri kepada Israel seandainya kita tetap membeli produk tersebut?.
Jika dilihat kepada gambar-gambar mangsa peperangan di Gaza tersebut, hati saya cukup tersentuh dengan apa yang berlaku pada dunia sekarang. Ini bermakna tanda-tanda kiamat sudah muncul dan ia petunjuk daripada Allah S.W.T agar kita ingat dan jangan lupa padanya.. Wallahuallam..
p/s: Apa komen anda pada isu McDonalds ini?.
1 Ulasan
Saya kurang arif dalam bidang francaisi. Tetapi setahu saya, orang yang membeli hak francais sesebuah produk akan membayar fee secara berkala kepada pemiliknya. Memang pemilik francaisi di Malaysia tidak membayarnya secara terus kepada pemiliknya tetapi pada pendapat saya, wang untuk membayar fee itu secara tidak langsung disalurkan kepada Israel untuk membunuh saudara kita di Gaza.
Saya menyeru kepada mereka yang membaca blog ini, cuba lah didik dira anda berjihad dengan cara ini. Saya akui barangan mereka memang banyak dipasaran. Kita membesar dengan mereka. TETAPI, dengan 'peninggalan-dalam-menggunakan' barangan2 mereka boleh dilakukan secara berperingkat.
Secara mudahnya BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA