Apakah pandangan anda sekiranya teman sekerja anda kerap tidak datang ke pejabat untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja yang dibayar gaji untuk melaksanakan sesuatu?. Jika ditanya, alasan yang diberi ialah 'buat apa saya datang kerja, sekiranya tak de kerja yang diberi!' Jadi, persoalan di sini ialah 'kenapa pula kita perlu menggaji pekerja yang tidak interested untuk berkhidmat lagi?. Adakah kita takut dan gentar untuk bersuara kepada anasir-anasir manusia seperti ini yang tidak malu dan segan dalam kehidupan?. Cuba kita lihat di luar sana, ramai lagi lepasan universiti dan kolej menunggu pekerjaan mereka, samada diterima atau tidak. Tetapi, yang ini 'sudah dapat kerja tetapi malas pulak nak datang, dan jikalau datang pun hanya sekadar bertanya 'bila gaji nak masuk?'. Fenomena sedemikian seringkali berlaku di jabatan kerajaan yang pengurusnya malas nak ambik port. Jadi, ini bermakna 'tahap perkhidmatan kita masih lemah dan perlu diperbaiki'. Kata teman saya 'bagaimana pula nasib pekerja lain yang dibayar gaji sama, tetap datang menunaikan tanggungjawab, sedangkan sampah sarap tersebut masih tidak datang. Adakah mereka perlu dipertahankan lagi dalam syarikat atau perkhidmatan tersebut?. Bagi saya, kita campak je mereka dalam tong sampah yang didalamnya penuh dengan sampah sarap, supaya mereka sedar bahawa diri mereka seumpama sampah yang tidak bernilai. Jadi kalau ingin dilihat amat bernilai, tolonglah ubah cara bekerja.. Tak gitu?.
p/s: apalah korang nie kan... ada keje tak nak datang.. memalukan!!..
p/s: apalah korang nie kan... ada keje tak nak datang.. memalukan!!..
1 Ulasan
i like entry nie,sbb hari-hari jumpak org gini...wish could change their attitude n perangai tentang kerja.sudah la diamanahkan buat kerja,they simply buat tak ambik kisah,as long hujung bulan gaji masuk...
erm,masih teringat masa satu seminar motivasi..the first thing penceramah tu kata...."apakah perasaan anda memberi keluarga anak bini anda makan rezeki yang haram?"...terkejut gak memula,but after awhile,betul jugak...kan?
anyway,really nice entry...keep it up.
salam