Sabtu dan Ahad lepas, UiTM melalui Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif telah menganjurkan Program 2 hari bersama Riri Riza di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Program itu turut menayangkan 3 buah filem terbaik dari Riri Riza, 'Gie, Eliana Eliana dan 3 Hari untuk selamanya'. Acara tersebut turut di hadiri oleh Amir Muhammad, Hassan Muthalib, Dr Hatta Azad Khan, Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim dan Ho Yuhang selaku mewakili karyawan filem tempatan yang lain. Program yang dinamakan 'Retrospektif Sutradara Indonesia' ini sebenarnya salah satu wacana pemikiran yang memperdebatkan filem dari sudut intelektual dalam memberikan penekanan kepada semua aspek penceritaan dan konsep sesebuah filem. Ia merujuk kepada gaya penceritaan, teknik development of film structure dan storytelling sehinggakan juga sesi temubicara atau diskusi mengenai filem-filem arahannya bersama para pelajar UiTM. Daripada 2 hari program yang dianjurkan, rata-rata hadirin yang hadir terutamanya dikalangan penggiat industri amat mengakui bahawa Riri Riza seorang karyawan muda Indonesia yang penuh dengan idealistik dan idealogi dalam menyampaikan sesuatu menerusi karya-karya yang dihasilkannya. Kebanyakkan isu yang diutarakan oleh Riri Riza di dalam setiap naskhah karyanya, banyak merujuk kepada persoalan sosial yang sangat kronik, kehidupan yang berlandaskan realiti serta cabaran pemikiran dalam gerak gaya penceritaan filem-filem sentuhannya. Walaupun ada yang membidas program yang dianjurkan oleh UiTM ini, kata sesetengahnya 'cuba mengenepikan karyawan tempatan' memang tidak boleh diterima pemikiran yang rasional kerana program seumpama ini bukannya 'cakap-cakap kosong' sepertimana diskusi-diskusi filem-filem lain, seumpamanya filem tempatan misalnya. Jika dibandingkan antara karyawan muda tempatan dan karyawan muda Indonesia, bandingkan ia dari sudut pemikiran dan intelektualnya. Ia sangat berbeza. Jika dilihat di dalam diskusi filem tempatan, pembikin filem kita ada sesetengahnya agak melalut percakapannya dengan lebih memfokuskan kepada unsur hiburan tanpa sokongan idealistik dalam garapan penceritaannya. Jika dilihat kepada Riri Riza, kedua-dua mereka jauh bezanya. Kenapa? tepuk dada tanyalah selera. Bukan saya terlalu taksub akan filem-filem dari Indonesia mahupun filem-filem dari luar negara, tetapi saya amat kagum dengan teknik pemikiran Riri Riza di dalam setiap naskhah arahannya. Beliau seolah-olah bercerita kepada penonton tanpa prejudis sedikitpun. Maka, seandainya ada pihak memperkatakan lagi kenapa Riri Riza tidak patut diundang ke Finas pada sesi bicara bersamanya, perlulah memikirkan kenapa anda 'memperkatakan perkara sedemikian'. Apakah Riri Riza menghasilkan filem yang agak slow perjalanannya dianggap tidak menarik?. Memaparkan jurang realiti masyarakat Indonesia dengan memberikan penekanan kepada unsur sosial dan pencahayaan yang agak 'dark theme' dianggap cerita yang membosankan?. Jika ya, maka anda adalah peneraju kepada filem-filem yang akan 'melingkupkan industri filem tempatan'. Bukan tidak boleh menghasilkan filem yang ada unsur komersialnya, tetapi terapkan juga sudut pemikirannya kerana penonton filem kita sekarang sudah cerdik dan memerlukan naratif yang kuat dan plot yang kemas agar filem kita boleh dilihat dan diperdebatkan dari sudut pemikirannya. Maka, sekiranya kita ingin mengadakan wacana sedemikian dengan memberikan fokus kepada filem dan karyawan tempatan, 'make sure, pengarah tersebut mempunyai naratif dan kekuatan pemikiran dalam setiap karya-karya arahannya'. Ingat.. jangan kerana filem itu box office dan menerima sambutan penonton yang hebat dan dikecam pengkritik; kita terus adakan wacana bersamanya. Apakah ia boleh dianggap wacana pemikiran yang berguna buat para pelajar filem?. itu namanya 'nak merosak pelajar-pelajar kita'. Justeru, kredit perlu diberi kepada pihak FACT UiTM yang diterajui oleh En Norman yang membawa masuk RiRi Riza ke Malaysia untuk berkongsi idea dalam menghasilkan filem-filem yang mempunyai plot dan kekuatannya yang tersendiri. Oleh itu, janganlah kecewa atau marah seandainya karyawan luar berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pemikiran kepada khalayak di Malaysia terutamanya para pelajar filem kerana 'mempelajari sesuatu adalah perlu dari individu yang dirasakan perlu' dan ingatlah sesungguhnya 'belajar daripada kesilapan' itu penting dari keegoan untuk memperbaiki diri'.
Wallahuallam..
p/s: Artikel di atas bukan bertujuan untuk memperburuk-burukkan sesiapa atau mana-mana karyawan atau pihak pengkritik, kerana saya menulis atas kekaguman saya terhadap karyawan dari nusantara ini, Riri Riza... Ayuh.. jangan putus asa..
wo ajami.. posting lu telah kecoh satu blogger.. hehehehe..
nampak gayanya, ajami akan jadi blogger terpopular mengalahkan azwan ali.. hahaha
Wallahuallam..
p/s: Artikel di atas bukan bertujuan untuk memperburuk-burukkan sesiapa atau mana-mana karyawan atau pihak pengkritik, kerana saya menulis atas kekaguman saya terhadap karyawan dari nusantara ini, Riri Riza... Ayuh.. jangan putus asa..
wo ajami.. posting lu telah kecoh satu blogger.. hehehehe..
nampak gayanya, ajami akan jadi blogger terpopular mengalahkan azwan ali.. hahaha
2 Ulasan
BLOGGER PICISAN!