'Sebuah cerita yang agak simple, komedi ringan yang menghiburkan serta susunan dialog dan perilaku watak yang mencuit hati', itulah yang boleh digambarkan menerusi filem arahan Kittikorn Liasirikun, 'Bus Lane', yang kini di tayangkan di slot Tayangan Hebat, Astro Box Office Movies, Channel 952. Pembukaan filem ini hanya memfokuskan kepada satu situasi penceritaan yang berkembang kepada perjalanan struktur yang agak kritikal di mana plotnya hanya tertumpu kepada watak seorang pemandu bas yang agak degil kerana tidak mahu memberhentikan bas yang dipandunya di perhentian bas apabila loceng bunyi, telah mewujudkan satu situasi yang mencemaskan di mana kemunculan seorang penumpang 'lelaki gemuk' mengacukan pistol ke arah pemandu untuk memberhentikan bas yang dipandunya. Situasi tersebut telah mengheret kesemua penumpang bas mini tersebut kepada satu permasalahan besar, di mana konfliknya adalah 'sepucuk pistol' yang diacukan kepada pemandu, sekaligus kepada penumpang yang bersuara. Ia bukan konflik yang menggerikan tetapi ia adalah satu situasi yang menghiburkan di mana setiap watak dan perwatakan berjaya menimbulkan mood masing-masing. Setiap adegan yang di persembahkan oleh kesemua karektor agak mencuit hati dan 'Bus Lane' boleh dikatakan sebuah filem komedi yang menghiburkan. Cuba anda bayangkan, ditengah-tengah kekalutan dan keresahan permasalahan ini, timbul beberapa karektor yag mencuit hati di mana 'anda boleh saksikan seorang perempuan yang hamil terpaksa menahan kesakitan serta seorang gadis yang ingin membuang air besar' terpaksa menahan masalah masing-masing demi untuk menyelamatkan nyawa kerana 'sepucuk pistol' yang diacukan kepada pemandu oleh seorang lelaki gemuk akibat pemandunya tidak mahu memberhentikan bas yang dipandunya. Agak menarik naratif filem ini kerana, 'Bus Lane' hanya memaparkan satu penceritaan yang agak simple, dan ia hanya berkembang melalui dialog para pelakonnya, serta ia sebuah road movie yang menghiburkan. Tiada scene lain yang membantu filem ini, cuma ia menggunakan bas sebagai plot utama yang mewujudkan pelbagai permasalahan dan konflik yang tersendiri. Anda kena tonton filem ini jika mahu mengetahui keseluruhan jalan ceritanya, nescaya ia akan menghiburkan dan pastinya ia tidak akan mengecewakan.
komedi yang memecah perut dari awal hingga filem ini berjalan.. hanya di Astro Box Office Movie, 952. betul..
komedi yang memecah perut dari awal hingga filem ini berjalan.. hanya di Astro Box Office Movie, 952. betul..
0 Ulasan