Filem Songsang boleh pengaruhi Remaja Malaysia?


Sejak kebelakangan ini, isu mengenai filem-filem berunsur gay atau lesbian menjadi panas seketika, kesan daripada keghairahan beberapa produser dan pengarah filem untuk menghasilkan genre sedemikian. Karya-karya seperti 'comolot, anu dalam botol, mabok astrogen, bukak api dan yang terbaru donut' di katakan pencetus kepada permasalahan sosial anak-anak muda di Malaysia. Kenyataan daripada NGO di dalam akhbar kosmo semalam mengandaikan bahawa filem-filem mahupun karya-karya yang mengangkat permasalahan sosial dalam bentuk realiti ke layar di katakan boleh mempengaruhi anak-anak remaja menjadi seperti itu, lantas melupakan kehidupan beragama dan berbudaya. Ini menjelaskan bahawa 'apakah anak-anak remaja yang normal dan mempunyai kekasih hati 'kaum wanita' sebagai naluri hati akan berubah perasaan menjadi golongan yang digambarkan di dalam sesebuah filem tersebut?'. 'this is stupid statement from NGO!'. Kenyataan mereka semalam, mengandaikan bahawa pembikin filem di Malaysia yang gemar menghasilkan genre 'songsang dan agak taboo' itu boleh mempengaruhi minda anak remaja. Apakah seorang lelaki sejati, tiba-tiba menjadi gay apabila menonton filem 'comolot dan anu dalam botol' misalnya?. Itu namanya 'tidak ada jawapan yang rasional untuk isu dan persoalan ini . Sepatutnya mereka mengkaji permasalahan jiwa anak-anak remaja yang menjadi golongan tersebut, bukannya menghentam dan menuding jari menyalahkan pembikin filem jika isu sesebuah filem memaparkan genre realiti yang agak kontroversial!. Apakah golongan yang menjadi gay dan lesbian adalah berpunca daripada menonton karya-karya songsang?. Naluri gay seseorang individu itu adalah datang dari dalam hati mereka sendiri, bukannya menonton filem, tiba-tiba menjadi gay.. 'stupid statement yang memperbodohkan pembaca'. Ingat, jangan mengelirukan pembaca dengan statement yang menghentam sesebuah filem tanpa memikirkan naratif penceritaannya. Justeru, sekiranya kita ingin mempersoalkan 'apakah filem songsang akan menjadikan masyarakat itu songsang?' untuk diperbesarkan di mana-mana media, tolonglah memberikan kenyataan-kenyataan yang intelektual dalam memperdebatkan perkara ini, bukannya bercakap dengan mewujudkan pertelingkahan rasa yang tidak rasional'... Ingat.. budaya songsang bukan daripada filem songsang..... dan tolonglah jangan kelirukan pembaca yang masih muda dan terbelakang!.

p/s: saya bukan marah tapi kecewa dengan statement NGO yang mengatakan karyawan seperti saya, Raja Azmi, Sheila Rusly dan sebagainya adalah merosak pemikiran anak-anak remaja di Malaysia dengan karya seperti 'comolot, anu dalam botol dan sebagainya'. Apakah budak-budak yang menjadi gay sejak zaman dahulu menjadi songsang disebabkan filem songsang?.. dari mana medium filem mereka tonton?. Janganlah buat statement tanpa berfikir dengan matang. hmm. aku dah penat memperbincangkan isu ini.

to kak raja azmi: go head.. pedulikan apa orang ckp.. kita membikin karya realiti.. kalau tak realiti nanti org ckp 'eh mcm tue ke gay ek?. bukan ke diorang mcm nie?'.. pening-pening!'

komen yang berunsur negatif dan mencabar pertelingkahan rasa
akan dipadam oleh pengarang..

Catat Ulasan

6 Ulasan

shah berkata…
orng lain xtau n xsedar... benda ni terjadi bukanlah disebabkan oleh peristiwa pendek sekelip mata (sprt menonton filem/crita bunsur sprt itu)...

naluri sebegini wujud scr semulajadi dgn rentetan pristiwa n pegalaman msing2 dr kecil hngalah dewasa..

orng ramai slalu cepat menghukum...
Amy Ikram berkata…
salam

aku just nak tambah daripada artikel ini:
- keimanan itu penting dalam kehidupan. Tanpa iman masyarakat kita atau anak remaja kita akan terpengaruh dengan mana-mana filem sekalipun. Tanpa iman mereka akan hanyut. oleh itu, jangan membuat andaian bahawa filem songsang berpunca kepada keruntuhan remaja menjadi songsang. semua filem lain perlu di ambil kira. Kewujudan stesen tv berbayar yang menayangkan saluran drama atau movie yg banyak adegan melampau perlu jugak difokuskan. Itu jugak mempengaruhi. Aku tak bersetuju jika ada orang mengatakan bahawa filem songsang ... penyebab utama anak remaja menjadi songsang!!jangan kerana nak jual artikel dlm akhbar, ditimbulkan isu ini...
Tanpa Nama berkata…
so amy ikram, saya just nak tanya? as filmaker adakah anda akan hanya fokus dengan filem=filem yang bertemakan gay sahaja?
Amy Ikram berkata…
tidak semestinya saya menghasilkan genre yang sama, saya tetap akan memfokuskan perkara-perkara ini lagi. Apabila isu filem saya menjadi panas dan masih hangat sampai 3 tahun, ini bermakna penonton dan pemerhati masih lagi tidak puas. Apakah yang ingin mereka mahukan sebenarnya?. Tidak adakah topik lain ingin dibicarakan. Kesinambungan atas karya pendek saya, akan ada sambungannya nanti agar setiap persoalan, ketidakpuasan hati akan terjawab. Saya tidak kata saya menghasilkan filem ada elemen 'gay', saya akan menghasilkan benda yang sama dan berulang kali. Oleh itu, tidak perlulah kita bersengketa sesama sendiri mempersoalkan isu ini kerana masih ada lagi isu lain perlu pembikin filem utarakan. Jadi kita tunggulah Raja Azmi hasilkan Anu Dalam Botol. Apakah filem tersebut akan menjadi filem yang menakutkan kepada masyarakat. Saya masih lagi tertanya 'kenapa isu ini' dibnagkitkan semula dalam akhbar kosmo, apakah kerja wartawan menghuru-harakan keadaan demi untuk menjual akhbarnya?. Terima kasih atas kutukan dan kritikan terhadap filem saya. Saya sedar filem saya tiada mesej, tetapi harus disedari saya juga ingin menghasilkan genre yang lain. Jadi comolot adalah percubaan saya dalam industri, sepertimana Bukak Api karya Osman Ali. Osman Ali mahukan menghasilkan filem2 yang bergenre sosial dan sisi gelap masyarakat. Begitu juga saya...
Paan berkata…
..berfikir sejenak pendapat NGO tersebut..mungkin ada pro dan kontranya..

penulis blog berpendapat masalah sosial tidak dipengaruhi oleh karya2 sedemikian..

bagi saya..sedikit sebanyak cerita2 yg mengangkat masalh sosial ini sebenarnya mempengaruhi..

contohnya..bagi mereka yang tidak tahu tentang realiti masalah sosial ini, mereka mendapat dorongan setelah menonton drama atau filem tersebut..

mulalah mereka mencari sumber2 berkaitan melalui laman seb dan sebagainya..

bagi remaja pula..sifat ingin mencuba sesuatu yang baru adalah sangat normal. Justeru, filem2 mahupun drama2 tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi golongan remaja..

..selagi mana iman dan didikan agama tidak ditinggalkan..selagi itulah individu tersebut terselamat..

renung-reningkan..lebih baik tak perlu tayan atau hasilkan filem sebegini..hasilkanlah karya2 yang memupuk iman..

~pendapat sendiri~
Paan berkata…
..tambahan..

kalau karya2 ini mengandungi mesej yang berguna..tidak salah klau dihasilkan..TETAPI..tidak perlulah melampau dengan melampaui batas2 agama seperti mendedahkan tuuh bandan, berpakaian seperti wanita, dll..

kita hendak memberi mesej yang positif kepada penonton..mengapa kita tidak kaji dari pelbagai sudut utamanya agama..untuk memastikanniat kita betul2 murni dan mesej yang ingin disampaikan INSYAALLAH memberi kesan..

jangan jadi penghasil dan penerbit acuan Barat..kita ada agama, budaya dan moral...

fikirlah!!! =)