Menggabungkan elemen 'nasyid, lakonan, tarian dan khutbah', teater 'Sirah Junjungan Tahajud Cinta' boleh dikatakan sebuah persembahan yang berkonsepkan muzikal islamik yang cukup menarik jalan ceritanya, di samping persembahan yang agak memukau daripada penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah. Sirah Junjungan yang dipentaskan pembukaannya semalam di Istana Budaya, cukup menginsafkan hadirin yang hadir dengan pementasan sebuah kisah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W di Kota Makkah yang mempunyai banyak tentangan dan konfliknya dalam kehidupan sehinggakan tercetusnya beberapa tragedi yang agak kritikal. Cinta Rasulullah pada umatnya digambarkan begitu indah di dalam teater ini di mana set-set Kota Makkah di bina dan ia digerakkan seiring dengan penceritaan di dalam Sirah Junjungan Tahajud Cinta ini. Yang menarik mengenai konsep persembahan dalam teater ini ialah, kemunculan Mazlan Tahir sebagai vokal utama yang menyampaikan khutbah tentang kemuliaan peribadi Rasulullah S.A.W dari mula hinggalah teater ini berakhir, seumpama seorang uztaz yang menyampaikan khutbah kepada anak-anak muridnya, di samping lakonan dan set yang bergerak seiring dengan perjalanan kisah perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar islam. Lakonan yang bersahaja dengan tutur dialog yang memukau pendengaran daripada beberapa pelakon seperti Vanidah Imran, Ahmad Yatim, Mazlan Tahir dan sebagainya, boleh dikatakan agak catchy dan mantap sehinggakan perjalanan kisah dalam teater ini sangat menyusuk perasaan. Gabungan muzik latar serta lagu-lagu nasyid yang indah melodinya agak memukau pendengaran apatah lagi ia di dendangkan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu 'Muhammad Mustoffa @ Nabi Anak Yatim' dan Jamal Abdillah. Akan tetapi, semasa saya menonton rehearsal pada malam sebelumnya iaitu pada 8 Mac 09, Datuk Siti Nurhaliza muncul di tengah-tengah stage dan ia bergerak naik ke atas dalam mendendangkan lagu Nabi Anak Yatim, tetapi semasa persembahan pembukaan semalam, ia tidak berlaku. Apakah ia berubah hari demi hari corak persembahannya?. Jika ia muncul di tengah-tengah stage sepertimana hari sebelumnya, nescaya teater ini akan nampak grand dan Superb. Tetapi, yang pastinya keseluruhan teater ini agak menarik dan memukau. Justeru, bagi anda yang ingin menonton persembahan teater ini, anda bolehlah mendapatkan tiket-tiketnya sekarang di Istana Budaya dan jika anda terlepas, maka rugilah kehidupan anda sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Amin..
p/s: Penuh jugak teater ini semalam... tetapi, apakah ia akan penuh lagi sehingga 22 Mac 09?. dan Sanggupkah umat islam yang lain meluangkan masa menonton teater ini?. Wallahuallam. Ameen..
p/s: Penuh jugak teater ini semalam... tetapi, apakah ia akan penuh lagi sehingga 22 Mac 09?. dan Sanggupkah umat islam yang lain meluangkan masa menonton teater ini?. Wallahuallam. Ameen..
0 Ulasan