Mendengar saja tajuk 'Saus Kacang', barangkali penonton dan peminat filem di luar sana, terutamanya di Malaysia akan tertanya-tanya apakah cerita menarik di sebalik nama 'saus kacang' yang menjadi plot dan intipati utama kepada pergerakkan filem ini. Melihat sahaja foto di sebelah ini, menyaksikan keintiman pelakon utamanya, Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestari, pastinya anda mengandaikan bahawa filem ini penuh dengan aksi ranjang yang keterlaluan. Benarkah andaian ini?. Jom kita selidiki satu-persatu point terpenting yang terkandung di dalam filem arahan Indrayanto Kurniawan ini yang kini hangat ditayangkan di beberapa pawagam seluruh Malaysia..
Antara yang menarik di dalam filem Saus Kacang... yang perlu anda tonton di pawagam
- Saus Kacang memaparkan sebuah kisah menarik yang berlaku di sebuah resort terkemuka di Bali, Indonesia. Ia menyaksikan ragam kehidupan beberapa orang pelancong yang menginap di resort tersebut yang realitinya agak bagus, di mana sikap remeh, ego dan bongkak beberapa orang pelancong tidak kira tempatan mahupun dari luar, masing-masing mempunyai perangainya yang tersendiri. Ini menemukan Dewi ( Bunga Citra Lestari ) dengan sikap tetamu hotelnya, Fredo ( Ashraff Sinclair ) dari Malaysia yang agak remeh dalam soal pemilihan sesuatu makanan. Pelbagai adegan menarik dalam filem ini yang membawa kepada hubungan perasaan dan cinta sesama mereka, yang akhirnya mewujudkan satu situasi yang agak kritikal. Apakah yang terjadi?. Anda kena tontonlah sendiri filem ini di pawagam, sekarang!.
- Filem ini merakamkan sebuah pemandangan Pulau Bali, Indonesia yang cukup cantik dan kaya dengan adat serta budaya yang tersendiri.. Kehidupan rakyat yang hidup di sekitar Pulau Bali digambarkan secara baik dan harmoni, dengan paparan kepercayaan mereka dari segi agama, kepercayaan dan adat susila. Di Dalam filem ini, di gambarkan Fredo terlalu ego dengan pemikirannya, sehinggakan beliau terperangkap dalam situasi 'adat dan budaya' masyarakat Indonesia yang memaksa di kenakan hukuman adat kepada Fredo dan Dewi kerana melanggar adat dan peraturan semasa perayaan masyarakat Bali pada malam harinya.
- Saus Kacang memaparkan jaringan plot yang cukup tersusun, di mana point utamanya adalah 'saus kacang'. Menerusi filem ini, sutradaranya meletakkan 'saus kacang' sebagai titik pertemuan kepada perhubungan antara Dewi ( Bunga) dan Fredo (Ashraff) yang mempunyai banyak suka dan duka, yang akhirnya menjerumuskan mereka berdua kepada satu hubungan cinta yang mengasyikkan dan cukup indah untuk dihayati. Elemen Saus Kacang juga menjadi kepada perleraian kepada sesuatu masalah yang dihadapi watak-wataknya, terutama Dewi yang menjadikan dapur memasaknya sebagai tempat melepaskan perasaan sekiranya berlaku sebarang kekecewaan dari sudut rasa dan cinta. Ini bermakna 'Saus Kacang' adalah satu menu yang mampu membuatkan seseorang itu di sayangi dan ingin dicintai.
- Paparan sinematografi dan pencahayaan di dalam filem ini agak menarik kerana ia banyak menggunakan low key, yang bertujuan menimbulkan kedamaian, kemesraan, romantik dan sensual. Lihat sahajalah adegan di atas kapal yang menyaksikan Dewi dan Fredo buat pertama kalinya bermesra dan dari situlah timbul rasa risau akan kehilangan Fredo serta bimbangkan kekecewaan buat kali kedua pada watak, Dewi.
- Filem ini agak biasa jika dibandingkan dengan karya-karya Indonesia yang lain, tetapi garapan plot dan naratifnya yang kemas serta lakonan yang berkesan daripada para pelakonnya sedikit sebanyak menjadikan Saus Kacang antara filem cinta yang menarik untuk tahun 2009 ini. Apa yang menarik mengenai filem ini ialah, tiada konflik yang keterlaluan dan lokasi yang melampau dan padat, cuma saus kacang meletakkan elemen pantai sebagai point utama kepada perkembangan sesebuah cerita mahupun kemusnahan setiap karektor-karektornya. Lakonan Ashraff Sinclair dalam filem ini berjaya meletakkan namanya sebaris nama-nama pelakon Indonesia yang lain, dan rezekinya mula bertambah apabila beliau memperisterikan Bunga Citra Lestari, secara realitinya. Lihat sahajalah jika di Malaysia, Ashraff cuma berlakon dengan produksi Red Films sahaja, tetapi apabila sudah berumahtangga dengan Bunga, maka sedikit sebanyak memberikan peluang kepadanya untuk memperkembangkan bakat dan kariernya sehingga ke luar negara, Indonesia.
- Tidak lupa juga, Saus Kacang memaparkan sedikit adegan ranjang antara Bunga Citra Lestari dengan Ashraff Sinclair yang berciuman antara satu sama lain, bagi menunjukkan rasa cinta sesama mereka. Ini lumrah di dalam mana-mana filem Indonesia sekalipun. Jadi, tidak perlu menjadikan ia sebagai isu yang kontroversi.
- Idea yang simple, lakonan yang mantap, plot naratif yang kemas, pemilihan lokasi yang menarik serta paparan adegan yang agak catchy, berjaya meletakkan 'Saus Kacang' sebagai sebuah filem Indonesia yang agak menarik dan perlu di tonton oleh anda dan pasangan anda..
- Filem ini juga menampilkan Marsha Milan London yang memegang watak sebagai 'Mae' iaitu bakal isteri Ashraff. Apakah kemunculan Marsha dalam sinema Indonesia sebagai watak undangan atau watak sampingan?. Lakonan Marsha tidak begitu mengujakan, cuma agak biasa dan hanya seksi sahaja yang bagi saya mampu membuatkan penonton lelaki tidak akan senang duduk di kerusi pawagam. Percayalah?. Kenapa?. Tengoklah sendiri filem ini sekarang.. sebelum ia kehabisan..
- Filem ini wajib ditonton oleh anda yang menggemari genre cinta..
- Filem ini sangat menyentuh perasaan, mendebarkan dan menggemparkan. Tidak percaya?.
Salam...
0 Ulasan