'Ponti Anak Remaja', judul sebuah telemovie arahan Ghaz yang diterbitkan oleh Nizam Zakaria dan Raqim Ahmad Ramli ini telah pun di tayangkan sebentar tadi pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria. Sudahkah anda menontonnya?. Jika ya, mari kita selidiki antara yang menarik di dalam telemovie ini yang di hasilkan di bawah produksi The Media Hustle.
Plot dan Naratif
- ia merupakan segmen yang terpenting di dalam sesebuah cerita. Plot yang baik akan menghasilkan naratif yang sempurna serta memberikan impak kepada penghasilan 3 act yang mempunyai sktruktur yang tidak mengelirukan. 3 act bermaksud 'permulaan, pertengahan (konflik) dan ending (samada sedih atau gembira).
- Di dalam Ponti Anak Remaja, Nizam Zakaria selaku penulis skripnya berjaya memperkenalkan watak-watak di dalam telemovie ini dengan memberikan fokus kepada 'sekuntum bunga harum mekar' yang menjadi lambang kehidupan kepada Ponti, lakonan Liyana Jasmay. Plotnya adalah merujuk kepada 'bunga' dan ia berkembang kepada penemuan seorang gadis cantik yang dipakukan untuk bertukar menjadi manusia.
- Konflik tercetus apabila 'haruman bunga' mula menghilang daripada Ponti, dan ia memerlukan bunga harum untuk meneruskan kehidupan kerana ia bukan manusia biasa sebaliknya, pontianak. Oleh itu, ke-empat-empat rakan karib tersebut yang diketuai Lisa Surihani membuat keputusan agar mencari bunga harum itu di dalam hutan.
- Mereka berjaya membawa pulang sekuntum bunga tersebut dan endingnya menuju kepada kegembiraan, iaitu Ponti dapat hidup semula. Jika saya, saya akan mematikan watak Liyana Jasmay dengan mewujudkan ending yang lebih dramatik. Misalnya, kereta yang dipandu oleh Farish itu tidak dapat mengawal kelajuannya dan akhirnya mereka tersesat dan bunga itu hilang dari genggaman mereka. Adakah ia lebih dramatik pendapat saya ini. Bagaimana dengan anda pula?.
Sinematografi dan Visual
- Ponti Anak Remaja merakamkan sudut pandangan yang agak menarik di mana penataan sinematografinya seakan-akan sebuah filem; jika di amati secara keseluruhannya. Cahaya yang bermain dengan aspek visual yang menarik mengingatkan saya seperti menonton sebuah filem dari Indonesia. Jadi tidak hairanlah, Ghaz selaku pengarahnya berjaya menimbulkan mood seram, komedi, dan gembira di dalam telemovie ini dengan jayanya. Maka Ponti Anak Remaja sememangnya tidak dapat lari daripada style dan konsep video klip sepertimana yang di hasilkan oleh Ghaz sebelum ini.
- Jika dibandingkan dengan telemovie-telemovie lain yang ditayangkan di kaca tv, selain daripada Khabir Bhatia, Ghaz dan Nizam Zakaria telah menghasilkan sebuah telemovie yang mempunyai kualiti yang boleh di banggakan. Ia sangat berbeza dengan kualiti-kualiti telemovie daripada produksi yang lain. Syabas daripada amy ikram..
Jika kisahnya di bawa ke layar filem..
- Apakah menarik telemovie ini jika ia di adaptasikan menjadi sebuah filem untuk siaran di pawagam?. Bagi saya, kekuatannya ada, cuma ia perlu lagi diperbaiki jika mahu di jadikan sebuah filem, kerana plotnya boleh diperkembangkan lagi dengan mewujudkan lebih banyak adegan suspen, dramatik dan naratifnya perlu dikemaskini kerana filem memerlukan bahasa filem yang sempurna, dan jika tidak ia akan menjadi sebuah karya klise, yang boleh dilihat banyak menguasai pasaran sekarang, walaupun sesetengahnya menjadi box office.
- Kepada Nizam, teruskan menghasilkan karya-karya fresh seperti ini kerana kita kekurangan karya-karya bermutu untuk siaran tv, dan jangan menjadi karyawan seperti filem-filem komedi yang sampah okay..
* Next.. apakah telemovie akan datang 'Anak Ikan Si pari-Pari' terbitan Temenggung Pictures pulak bakal menghasilkan genre yang menarik?. Tunggu aje lah..
p/s: Ponti Anak Remaja sebuah telemovie untuk remaja yang tidak mengecewakan kerana ia mempunyai rakaman visual dan sudut fotografi serta penataan cahaya yang amat membanggakan.. Tahniah buat semua tenaga produksi.. opss.. pelakon dalam telemovie nie semua nya ok, ada yg anak ikan, cantik dan berbakat... ia boleh di asah lagi ye.. hehehe
anda nak tahu, siapakah Ghaz sebenarnya, si pengarah telemovie 'ponti anak remaja' ini.. akan bolehlah klik laman web dia ye..
http://www.youtube.com/user/ghazTHEMEDIAHUSTLER
http://www.youtube.com/user/ghazTHEMEDIAHUSTLER
3 Ulasan
1) I takmoh matikan Ponti... Mana lah tahu boleh ada seriesnya. Masa buat tele ni, I keep on telling Ghaz, we will treat this like a pilot episode of a very interesting TV series. In a way, we did. Tapi...
2) Tapi bila dah siap final produk, persoalan kedua pulak keluar. I beritahu kat Ghaz, cerita ni, kalau kita diberi 30 minit lagi, dengan bajet yang lebih, maka plot dan watak boleh diperkembang mengikut naratif fiem.
3) Kalau ratingnya bagus, it can be a good indication yang penonton kita sebenarnya suka tengok cerita-cerita macam ni dan TV station execs boleh beritahu producers like me untuk buat cerita macam ni lagi... So, I tak perlulah buat cerita rebut-rebut harta, percintaan tiga segi semata-mata sebab nak cari makan (yes, I do have to pay my bills).
Terima kasih Amy!
Nizam Zakaria
kalau mak saya pon bole layan maknanye bes la tu
;)
saper anak ikan? apa definisi anak ikan?