'Penonton Malaysia, takutkan realiti?'


Apakah benar penonton Malaysia kebanyakkannya tidak boleh menerima apa yang digambarkan oleh sesetengah karyawan dalam sesebuah filem?. Ini merujuk kepada paparan realiti masyarakat yang dipaparkan kebanyakkannya menjurus kepada permasalahan sosial, budaya, agama dan kehidupan. Apabila sesebuah filem memaparkan adegan yang berlaku dalam masyarakat yang mewakili sesebuah golongan, timbul beberapa spekulasi negatif bahawa seseorang pembikin filem itu tidak beragama, berbudaya dan tidak bermaruah. Apakah yang mengkritik filem itu cukup bagus dan menuding jari menyalahkan pembikin filem, sedangkan apa yang dipaparkan bukan bertujuan untuk menghasut, membunuh dan mencederakan rakyat Malaysia. Walhal apa yang digambarkan itu adalah realiti sebenar kehidupan sesebuah masyarakat yang perlu di beri perhatian. Kenapa perlu takut pada realiti?. Adakah ia akan menggugat kehidupan dan status anda sebagai rakyat Malaysia yang beragama dan berbudaya?. Tidak perlu kita sensasikan keadaan ini kerana penonton kita bukannnya 'tolol dan bangang', menerima bulat-bulat sesebuah adegan yang dipaparkan serta mengikutinya dalam kehidupan seharian. Cuma, penonton yang bijak dan mempunyai akal yang waras sahaja akan merasai filem tersebut adalah lakonan semata-mata. Persoalan di sini ialah 'apakah yang diinginkan sebenarnya oleh penonton Malaysia dalam sesebuah filem'? Memaparkan filem yang berbudaya, walaupun terpaksa hipokrit, menghasilkan filem yang beragama dan di tonton oleh sesi serumah sahaja. apakah itu filem syok sendiri?. Bukannya saya kata 'kita perlu memperbanyakkan filem yang memaparkan adegan realiti', kerana realiti itulah yang sebenarnya anda lakukan dalam kehidupan seharian. Tidak percaya, lihat disekeliling anda. Ia lebih teruk daripada apa yang dipaparkan dalam sesebuah filem. Ingat, jangan menyalahkan pembikin filem apabila sesebuah filem menjadi kontroversi kerana kontroversi terjadi adalah dengan pemikiran manusia itu sendiri.

Sekiranya sesebuah filem memaparkan yang 'baik-baik' dan tidak ada konflik, tidak ada kejahatan, keburukan dan kesongsangan'. Maka itu bukan namanya 'cerita yang bagus', kerana tanpa kejahatan dan keburukan dalam sesebuah adegan, maka sesebuah filem mahupun drama akan menjadi bosan, kurang sambutan dan boleh dikatakan sebuah karya yang bodoh. Apabila realiti itu digambarkan secara kritikal dengan paparan adegan yang melampaui batas, mulalah pelbagai hadis di keluarkan oleh para ulama dan ahli agama mengatakan filem itu haram, duit lakonan dalam adegan itu adalah haram dan sebagainya. Jadi ini bermakna, industri hiburan dan perfileman kita adalah satu industri yang haram. Kerana 'dalam islam, membuka aurat adalah dosa yang besar'. Jadi, bagaimana pula adegan yang baik memaparkan seseorang perempuan tidak memakai tudung dan membiarkan ribuan penonton melihat rambutnya, adegan berpegangan tangan laki dan perempuan tanpa muhrim adalah dilarang walaupun ia hanya sekadar lakonan. Justeru, jangan membuat andaian terhadap sesuatu perkara dengan melihat kepada satu faktor kerana faktor yang lain juga perlu di ambil perhatian. Oleh itu, 'cermin lah diri kita sebelum kita mencerminkan diri orang lain' kerana semua manusia bukannya sempurna.

wallahuallam


Catat Ulasan

2 Ulasan

amer zaman berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amer zaman berkata…
bukan takutkan realiti..

cuma tak mahu realiti terpencil-sumbang
diperbesar-besarkan.


hidup ini indah bukan.