Menjelang tahun 2015, stesen tv tempatan samada milik kerajaan ataupun swasta akan beralih kepada dunia penyiaran digital secara keseluruhannya, dengan memberikan penekanan kepada beberapa bidang dan konsep. Mulai 2012, dengan anggaran kos RM 1.4 billion, Malaysia akan memiliki 19 saluran tv percuma ke seluruh Malaysia hanya melalui satu dekoder dalam satu talian. Jumlah itu tidak termasuk dengan siaran tv berbayar seperti Astro kerana melalui siaran digital ini, penonton berpeluang menonton pelbagai program tv yang ditawarkan tanpa sebarang gangguan seperti ghosting atau bintik pada siaran tv, berbanding siaran tv analog yang seringkali mempunyai pelbagai masalah dari segi rangkaian. Melalui siaran yang ditawarkan, penonton berpeluang memilih pelbagai jenis hiburan yang dikehendaki hanya melalui satu dekoder dalam 19 saluran yang diperkenalkan, samada saluran agama, kanak-kanak, hiburan interaktif dan sebagainya. Menurut Abu Bakar Abd. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Kejuruteraan) kepada media bahawa ' "Adalah menjadi trend dunia untuk beralih kepada siaran digital bagi menguruskan spektrum (frekuensi) dengan lebih efisyen. Ia berhubung kait dengan saluran sedia ada sekarang yang kurang mencukupi, dan melalui siaran digital ini, kehendak audiens daripada pelbagai latar agama, kepercayaan dan budaya akan memperoleh kepuasan yang maksimum'. Ketika di soal media, tentang keberkesanan siaran digital ini kepada masyarakat walaupun ia sudah dilaksanakan oleh Astro melalui puluhan rangkaian, Abu Bakar menjelaskan bahawa 'siaran digital yang bakal beroperasi menjelang tahun 2012 ini adalah rangkaian percuma tanpa sebarang bayaran untuk menikmatinya kerana melalui saluran digital ini, pengguna hanya perlu membeli sebuah dekoder yang mungkin dijual dengan harga sekitar RM 200 - RM 250 dan ia masih dalam peringkat kajian dan analisis dari segi keperluan harga agar ia tidak membebankan masyarakat'. Beliau turut menjelaskan bahawa dengan kewujudan beberapa rangkaian baru dalam sistem digital ini, peluang terbuka cerah dari segi keperluan tenaga kerja baru dan mungkin ini amat baik kepada syarikat produksi sesebuah penerbitan filem atau program tv dan drama untuk bekerjasama berhubung perkara ini. Justeru, seandainya rangkaian baru ini diperkenalkan dan dilaksanakan dari semasa ke semasa agar perlaksanaannya menjadi amat kompetetif, maka usaha murni ini memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap industri kreatif negara menjelang tahun 2020.
apakah ia benar-benar relevan?. bagaimana pula dengan saluran digital astro?. Apakah mereka akan turut bekerjasama dalam perkara ini?. Jika ada...luahkan pendapat anda di sini.
0 Ulasan