'Seks, Sahabat, Kerjaya dan Fantasi' merupakan beberapa elemen penting yang boleh di dapati di dalam Mingguan Lelaki, sebuah drama bersiri online arahan Aziz M.Osman yang kini ditayangkan di laman gua.com bermula hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mingguan Lelaki yang membariskan Fazren Rafi, Sari Yanti, Memey Suhaiza, Khir Rahman dan Saiffz Salleh ini merupakan sebuah kisah realiti masyarakat Malaysia yang memaparkan pergolakan konflik yang berlaku kepada Ilham ( Fazren Rafi ) yang bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah yang memfokuskan kepada golongan lelaki dengan menampilkan beberapa isu yang agak sensasi untuk tatapan pembaca setia Mingguan Lelaki. Drama bersiri ini sebenarnya sebuah paparan secebis kisah dunia glamour yang melibatkan para artis, wartawan hiburan, penulis artikel mahupun seorang editor dalam penerbitan sesebuah majalah. Garapan di dalam Mingguan Lelaki agak sensitif barangkali jika ditayangkan di kaca tv kerana Mingguan Lelaki menampilkan isu-isu dan dialog yang agak menjurus kepada persoalan remaja yang lebih kepada pergaulan seks bebas dan cara hidup yang tidak berlandaskan hukum agama. Kewujudan Mingguan Lelaki bukannya sebagai platform negatif kepada para penonton amnya golongan remaja, tetapi ia merupakan sebuah paparan secara sinis tentang pergolakan jiwa seorang wartawan majalah yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah kehidupan kerana ia dikelilingi oleh anasir-anasir yang merosakkan. Dapatkah Ilham menyesuaikan dirinya di dalam kelompok tersebut yang rata-ratanya berpaksikan kepada satu kehendak iaitu 'kepuasan dan keseronokkan'. Apakah Ilham akan berubah fikirannya dan terus terjerumus dalam kehidupan songsang ini? Semuanya akan terjawab di dalam sebuah drama bersiri online, Mingguan Lelaki yang kini hangat di tayangkan di portal gua.com.
teaser
Mingguan Lelaki di tayangkan secara online di www.gua.com.my Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat..
-penuh seksi dan mendebarkan bagi setiap episod-
Catat Ulasan
0
Ulasan
Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
Wajib Tonton was originally known as amyikram.com since April 2023 in bringing the latest entertainment news, music and movie updates
WAJIB TONTON
Semua artikel yang diterbitkan dalam laman ini adalah hak cipta terpelihara milik Wajib Tonton. Sebarang salinan semula bagi apa-apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran. Anda boleh menghubungi amyikram@wajibtonton.com atau wajibtonton.my@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.
RATE CARD
Setiap kandungan di dalam portal ini adalah premium dan eksklusif. Untuk mendapatkan rate card bagi perkhidmatan posting yang ditawarkan, anda boleh menghubungi terus amyikram@wajibtonton.com dan wajibtonton.my@gmail.com
TIKTOK WAJIB TONTON
Ikuti TikTok Rasmi WajibTonton untuk menonton video-video terkini
SINEMA ASIA: MAC 2025
Antara seleksi karya drama dan filem terpilih yang ditayangkan bermula pada 3 Mac 2025. Karya terbaru akan dikemaskini setiap minggu. Selamat menonton.
6 MAC 2025 - MICKEY 17 (English)
Pengarah: Bong Joon-Ho Pelakon: Robert Pattinson, Steven Yeun, Naomi Ackie, Toni Collette, Mark Ruffalo
6 MAC 2025 - IN THE LOST LANDS (English)
Pengarah: Paul W. S. Anderson Pelakon: Milla Jovovich, Dave Bautista, Arly Jover, Amara Okereke, Fraser James
6 MAC 2025 - BAYANG BAYANG ANAK JAHANAM (Indonesian)
WAJIB TONTON merupakan blog rasmi Amy Ikram yang dahulunya dikenali sebagai amyikram.com. Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini -
amyikram@wajibtonton.com / wajibtonton.my@gmail.com
Wajib Tonton juga berkolaborasi bersama Oh My Shorties! (OMS!) untuk menyajikan berita hiburan dari pelbagai perspektif dari dalam dan luar negara.
0 Ulasan