Wajarkah program animasi dan dokumentari tempatan di wujudkan satu saluran khas di kaca tv untuk siaran di beberapa stesen tv tempatan?. Persoalan ini cuba dibangkitkan semalam oleh wakil Persatuan Animasi Malaysia kepada Y.A.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia semasa Dialog Khas bersama Menteri yang di adakan di Sound Stage, Finas. Daripada persoalan yang dikemukakan, wakil daripada Persatuan Animasi Malaysia cuba mengambil perhatian tetamu yang hadir yang rata-ratanya daripada penggiat filem dan tv agar memandang program animasi samada dalam bentuk filem atau medium lain sebagai satu platform ke arah mewujudkan budaya baru dalam penghasilan dan penerbitan sesebuah filem mahupun iklan. Saranan yang dilontarkan semalam ialah mewujudkan satu saluran khas untuk animasi dan dokumentari untuk siaran di kaca tv. Ini bermaksud bahawa, satu saluran baru untuk karya-karya animasi dan dokumentari tempatan perlu di adakan, bukan bertujuan untuk berdaya saing tetapi untuk mengembangkan bakat-bakat karyawan muda yang mempunyai kepakaran dari segi penceritaan dan grafik animasi bagi membolehkan mana-mana produk yang di hasilkan dalam bentuk animasi dapat di siarkan di saluran baru tersebut. Pandangan tersebut turut disokong oleh Y.A.B Menteri, tetapi ia belum diputuskan lagi samada perlu direalisasikan atau tidak. Ketika di tanya kepada beberapa tetamu yang hadir, rata-ratanya berpendapat bahawa 'saluran animasi tempatan perlu di adakan untuk siaran tv, di samping saluran dokumentari juga perlu difikirkan kepentingannya kepada industri. Jika di lihat di dalam senario penerbitan siaran milik astro, saluran animasi dipelopori oleh siaran animax dan dokumentari pula adalah Discovery Channel, History Channel dan National Geographic. Siaran ini lebih memberi keutamaan kepada produk-produk luar kerana ia adalah saluran antarabangsa. Oleh itu, saluran animasi tempatan perlu diwujudkan di mana ia mesti memberi fokus kepada animasi secara keseluruhannya di samping juga saluran dokumentari yang kebanyakkannya boleh kita lihat di siarkan di saluran milik RTM. Jika perkara ini dijadikan perhatian dan direalisasikan, maka Malaysia boleh berbangga kerana memiliki saluran animasi tersendiri di samping juga saluran dokumentari jangan dilupakan. Ketika ditinjau di Finas, bahagian produksi finas banyak menerbitkan filem-filem dokumentari yang dihasilkan oleh beberapa penggiat dokumentari tempatan dan kebanyakkannya di simpan bukan untuk disiarkan dan selebihnya untuk program Discovery Channel. Jika dokumentari mempunyai salurannya sendiri iaitu 'dokumentari tempatan' maka, peluang terbuka luas kepada penerbitan dan penghasilan genre sebegini dalam industri hiburan dan filem Malaysia. Justeru, jika seandainya kita memiliki saluran animasi dan dokumentari seperti animax dan Discovery Channel yang mengkhusus kepada sesuatu program, maka kebanggaan kita dalam penerbitan dari segi penyiaran, komunikasi dan kebudayaan di Malaysia dapat diseimbangkan dengan jayanya.
** Jikalau animasi dan dokumentari ada salurannya tersendiri... ini satu kebanggaan kita, tetapi harus diingat bahawa kepentingan dalam kualiti adalah amat penting. Jika tidak, tiada gunanya kita mengadakan saluran baru**
saya cuma memberi pandangan aje..
saya cuma memberi pandangan aje..
0 Ulasan