Pernah tak korang semua dengar nama 'Siti Musliha'?. Mesti pernah kan?. Beberapa tahun lepas namanya cukup dikenali dengan sifatnya apatah lagi beliau pernah merakamkan sebuah album yang mengandungi sebuah lagu hit bertajuk 'Hujan Air Mata'. Kelunakan suaranya pernah diuji juga dengan hafazan ayat-ayat suci Al-Qur'an sekitar beberapa tahun lepas dan pernah muncul di salah satu segmen di TV3, iaitu di bawah kelolaan 'Aziz Desa'. Walaupun tidak memiliki kesempurnaan dari segi bentuk ciptaan Maha Esa, tetapi Siti Musliha dikurniakan idea dan ingatan yang tidak mampu ditandingi insan lain sebayanya iaitu beliau mampu menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an dengan mudah. Namun, semua itu seolah-olah hanya tinggal kenangan kerana namanya kian dilupai oleh segelintir warga Industri Hiburan dan filem tempatan khususnya penerbit-penerbit siaran di semua stesen tv tempatan. Apakah Siti Musliha tidak wujud lagi atau tiada unsur komersial pada dirinya?. Sekiranya ada pihak yang berani tampil dengan idea baru bagi mengimbas nostalgia penonton terhadap insan bernama 'Siti Musliha' tentunya air mata penonton akan tertumpah sekali lagi dalam sejarah penerbitan tv sepertimana zaman kegemilangannya beberapa tahun lepas. Mungkinkah TV3 melalui segmen 'Majalah 3' dan 'Bersamamu' boleh merealisasikannya. Ataupun ada pihak produksi lain?. Fikir dan hayatilah kerana 'tidak semua ciptaan Allah S.W.T itu sempurna'. Tepuk dada tanya selera..
**Firman Allah :
“Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.” (Ar-R’ad – 16)**

3 Ulasan
betul~
dah lama saya teringat kan siti musliha
mana dia menghilang
saya pn nak tau apa perkembangan dia skrg
setahu saya la
dia buat album 2 kan atas dasar ingin membuat pembedahan plastik...
ntah...knapa majalah tiga ke apa2 dokumentari, tidak membuat liputan mengenai musliha...yang industri kta tahu nak pandang kehadapan sahaja~sedih dan pilu plak kan...org2 lama d lupakan
singgah sini & follow uu jom kita tukar2 link
Pasti ada sebapnya ALLAH menjadi kan sesuatu. Contoh Siti Musliha Anak istimewa. Mari kita sama mendoakan dia dlm keadaan yang sihat sejahtera. Saya pun tertanya2 apakan perkembangan terbarunya. Moga2 dia telah selamat menjalani kehidupan individu normal seperti kita.