Jun 2009.. Hanya Satu Filem Tempatan Masuk Panggung!!


sekadar luahan rasa sesingkat masa...

'Aneh, pelik dan keliru', itulah pertanyaan yang kerap kali bermain di fikiran saya tatkala meneliti setiap maklumat berkaitan filem-filem yang akan masuk panggung untuk bulan Jun 2009. Tidak terkecuali filem-filem tempatan. Untuk awal sehinggalah akhir bulan Jun, hanya sebuah saja filem Melayu yang ditayangkan untuk bulan ini, iaitu filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak' yang akan membuka tirai tayangannya, bermula esok 4 Jun 2009. Sebaliknya, untuk bulan akan datang, 3 buah filem akan menemui penonton yang khabarnya ada sebuah filem yang di tunggu ramai tayangannya sejak setahun lepas telah dijadualkan tayangannya bulan akan datang. Apakah filem tersebut?. Kenalah tunggu bulan depan, baru saya khabar-khabarkan.. hehehe. Jika tidak, suspendnya tidak akan menjadi. Selain daripada itu, banyak juga filem-filem hebat dari luar negara telah menguasai beberapa pawagam seluruh Malaysia. Mungkinkah kerana kebanjiran filem-filem luar di pawagam tempatan, maka pihak produser mahupun wajib tayang, amat risau sekiranya filem tempatan yang diletakkan tayangannya bersama filem-filem lain, akan kurang sambutannya. Persoalan di sini ialah, sekiranya filem kita menjanjikan jalan cerita yang bukan klise dan amat menarik, mustahil ia tidak boleh dijual. Justeru, peranan penting perlu di galas semua pihak dalam memastikan karyawan kita menghasilkan produk yang bagus dan mampu mendapat perhatian penonton bukan sahaja golongan melayu, tetapi mestilah merangkumi Satu Malaysia, agar penerimaan terhadap hasil kerja tempatan berada di tempat yang sebaiknya. Namun begitu, mungkinkah kekurangan bajet dan sering kali menyekat serta mengurang kos dalam membikin filem, adalah punca filem kita kurang sengitnya walaupun dipercayai karyawan-karyawan kita banyak mempunyai idea yang bernas, tetapi untuk menghasilnya bukan suatu yang mudah. Oleh itu, jika pendapat saya ini berbeza dengan pemikiran anda... Jom kita kongsi pemikiran bersama demi memartabatkan indutri kreatif kita agar berada di puncak yang di segani. Ada berani?!

Catat Ulasan

0 Ulasan