Secebis kisah Pengarah sebuah filem Dokumentari..!!. Untuk Iktibar!


'Apakah yang akan terjadi sekiranya, sesebuah dokumentari yang dihasilkan oleh seseorang pengarah tidak diluluskan penerbit dan pengarah tersebut bertindak melarikan diri tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang terbuku?'. Itulah persoalan yang membelenggu pemikiran saya apabila menerbitkan sebuah projek dokumentari berkisarkan tentang Negeri Sabah dan projek itu diarahkan oleh seorang pengarah muda lulusan daripada sebuah kolej seni, filem dan budaya yang terunggul itu. Bukan membangkit masalah dengan membuka pekung di dada, tetapi projek dokumentari ini merupakan projek besar yang menelan kos sekitar RM 128,000.00 yang pelaksanaannya memakan masa setahun 3 bulan, dan masih lagi tidak diluluskan penerbit kerana terdapat kesalahan dari segi teknikal merangkumi rakaman suara latar yang tonasinya tidak menepati syarat siaran dan kehendak penceritaan tidak digemari penerbit besar. Apabila mengulas hasil kerja pengarah tersebut, saya dengan ikhlasnya memohon agar di adakan sesi pertemuan antara saya, pengarah tersebut dan penerbit untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi si pengarah yang berbangsa India dan agak keras kepala ini tidak mahu menghadirkan diri dengan alasan, 'saya buat ikut suka saya la.. korang apa tau', itulah jawapan ikhlas dan professional yang keluar dari mulut pengarah muda tersebut yang merasakan dunia dan industri ini adalah miliknya seorang dan tidak boleh ditegur.

Saya dan penerbit utama tidak akan melenting jika projek ini menelan belanja ratusan ringgit, tetapi ia meliputi jumlah kos yang agak besar iaitu ratusan ribu ringgit dengan anggaran pelaksanaan yang agak lama. Apabila di minta untuk datang berbincang bagi membetulkan projek ini, saya di marahinya kerana katanya 'dia adalah pembikin filem yang kreatif dan kami semua adalah tidak tahu dan bodoh!'. ayo.. sampai begitu sekali tuduhannya pada kami penerbit yang mahu membetulkan apa yang tidak best untuk dijadikan sebuah cerita yang menarik. Itulah jika kita bekerja dengan pengarah yang besar kepala dan tidak boleh ditegur. Seandainya saya tahu perkara ini akan berlaku, saya tidak akan menolongnya selama ini untuk mempercayakan semua orang terhadap projek yang akan dilasanakannya. Yang paling menggemparkan baru-baru ini, pengarah muda India tersebut mengirimkan mesej dalam YM ( Yahoo Messenger ) kepada saya mengatakan bahawa 'projek doku itu menghabiskan duit rakyat kerana sampai sekarang pun tidak berjaya'. Iye lah.. persoalan di sini, 'siapakah yang menghabiskan duit rakyat?' pihak penerbit atau pengarah tersebut yang telah membuang masa terlalu lama untuk menghasilkannya?!. Jawapannya, terletak pada rasional pemikiran anda pembaca semua. Seperkara lagi, katanya' buat apa saya buat doku untuk puaskan hati penerbit dan menteri ataupun kerajaan?'. katanya itu semua adalah shit!!'. Astafirullah mengucap panjang saya dan teman penerbit lain apabila membaca kiriman mesej yang tidak professional itu yang dikirim oleh seorang pengarah lulusan diploma perfileman itu yang semacam mahu melarikan diri dari tanggungjawab besar yang dipikulnya.

Justeru, sekiranya pengarah muda India ini tidak mahu menghasilkan dokumentari mengikut kehendak penerbit dan menghasilkannya ikut suka hatinya, ' baik dipulangkan semula semua bajet yang telah digunakannya'. Jika dia menghasilkannya dengan duit sendiri, 'kita tidak akan buat bising!', kata teman produksi saya yang kecewa dengan sikap pengarah muda yang merasakan dirinya paling power dan hebat mengalahkan semua karyawan seluruh Malaysia. Itulah jika kita ego dan mengaku baik dan tidak boleh ditegur. Seandainya projek doku itu menggemparkan dan best.... ia agak baik tetapi ini tidak 'tak sedar dek untung!!'.

Wallauallam.

** kepada penerbit lain yang mahu mengambil pengarah muda.. berhati-hatilah kerana ada sesetengah daripada mereka mempunyai perancangan untuk menghabiskan bajet, tapi hasilnya legi teruk daripada doku terbitan kanak-kanak tadika**


Catat Ulasan

0 Ulasan