Ada yang tidak puas hati...di sebalik Konsert Anuar Zain di Istana Budaya!!!

Pada 1 Julai 2009, amy ikram sempat meluangkan masa untuk menonton Konsert Lelaki Ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Walaupun tiba lewat setengah jam bersama Quariel, amy ikram tetap di bawa masuk ke seat kiri hadapan stage oleh pegawai bertugas Istana Budaya. Apabila kaki melangkah masuk ke Panggung Sari, amy ikram dapat rasakan pada malam tersebut, adalah malam bersejarah barangkali buat peminat Anuar Zain kerana dapat menyaksikan lelaki pujaan mereka beraksi di sebuah panggung bertaraf dunia itu. Jika ditinjau keseluruhan seat yang terdapat di dalam panggung sari itu, boleh dikatakan full seating sepertimana Konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza yang tidak dapat amy ikram hadirinya kerana tiket dan pasnya adalah sold out!!.

Jika ditinjau daripada penggunaan stage dan gerak persembahan Anuar Zain pada malam itu, sedikit kecewa kerana ruang stage itu dipenuhi dengan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sepatutnya, stage tersebut di biarkan Anuar Zain seorang sahaja di atasnya, apatah lagi turun naik stage tidak digunakan sebaik mungkin. Cuba perhatikan di dalam persembahan teater muzikal yang pernah dipentaskan di stage yang sama, cukup hebat dan mengkagumkan. Seandainya Konsert Lelaki ini yang menampilkan Anuar Zain menggunakan ruang yang sama dan lebih kreatif, barangkali ia akan menjadi Konsert yang cukup bersejarah dan boleh diiktiraf. Tetapi ia hanya sekadar Konsert Solo yang bersahaja walaupun menampilkan kelantangan vokal Anuar Zain yang memukau khalayak!.

Apabila berbicara mengenai ketidakpuasan hati sesetengah pihak semasa sesi rehearsal konsert ini berlangsung di Istana Budaya, beberapa pihak mengadu kepada rakan media bahawa ada seorang petugas daripada pengurusan konsert tersebut (bukan pengurus Anuar Zain) cuba menghalau salah seorang pegawai khas Istana Budaya yang dirasanya orang biasa tetapi hakikatnya pegawai tersebut adalah orang yang bertanggungjawab membawa konsert tersebut dipentaskan di Istana Budaya. Insiden ini berlaku semasa rehearsal konsert itu berlangsung. Barangkali petugas tersebut tidak mengenali pegawai khas IB itu. 'Kalau ye pun.. cakap lah elok-elok!', kata sumber itu kepada media. Apapun kontroversi yang dicetuskan selepas dan semasa sesuatu konsert itu dipentaskan di mana-mana sekalipun, ia bukan kesilapan seorang artis atau pengurusannya, tetapi individu itu sendiri. Akhir kata, rata-rata hadirin dan tetamu yang hadir menyaksikan konsert Anuar Zain itu masing-masing menunjukkan tanda kepuasan yang cukup tinggi, tetapi bagi amy ikram.. biaselah... suatu konsert yang cukup menghiburkan..


petikan artikel Anuar Zain guris hati orang IB
arkib Utusan Malaysia 5 Julai 2009
oleh Niezam

Pertama sekali tahniah buat penyanyi Anuar Zain kerana berjaya mengadakan Konsert Lelaki Ini di Istana Budaya (IB) pada 1 dan 2 Julai lalu.

Tapi di sebalik konsert tersebut, Niezam dapat cerita yang tak manis mengenai perangai orang yang bekerja di belakang tabir menguruskan konsert Anuar.

Sumber mengatakan di sebalik konsert itu, ada pegawai di IB terkilan yang amat sangat dengan Anuar.

Mereka kecil hati dan menganggap Anuar serta "orang-orangnya" kurang sopan. Bila dikorek-korek cerita, rupa-rupanya ada kisah sensasi yang berlaku.

Menurut maklumat yang sampai ke telinga Niezam, beberapa hari sebelum konsert itu berlangsung orang yang rapat dengan Anuar telah menegur pihak IB agar menyediakan segala kemudahan untuk konsert dengan sempurna.

Kata orang IB, dia orang tahulah kerja dia orang. Tak payah nak bagi arahan macam tu. Dua hari sebelum konsert berlangsung, khabarnya seorang pegawai kanan IB telah dihalau oleh salah seorang pengurus Anuar ketika pegawai IB itu meninjau persiapan konsert.

Sumber itu memberitahu Niezam, salah seorang orang kanan Anuar mengarahkan pegawai terbabit keluar, tanpa mengetahui orang itu ialah seorang boss di IB. Alasannya Anuar tidak suka orang lain menyaksikan raptai yang dia buat.

Sedangkan pengurus tersebut tidak tahu pegawai IB itu merupakan orang yang diberi tanggungjawab memastikan konsert berkenaan berjalan lancar.

"Saya harap kepada Anuar dan orang-orangnya kalau masuk tempat orang tu bagi salam dulu ya. Jangan biadab sangat. IB dah bagi tempat buat konsert pun dah cukup baik," kata sumber itu dengan nada marah.

Panas... panas! Niezam tak boleh nak campur dalam hal ini. Tapi kalau benar peristiwa ini berlaku, pihak yang menguruskan Anuar tidak wajar berbuat demikian. Ingat pepatah Melayu. Masuk kandang kambing mengembik.

Selepas ni Niezam harap Anuar dan orang-orangnya itu dapatlah berjumpa dengan pegawai di IB untuk memohon maaf agar kes ini tidak berpanjangan.

NIEZAM: Tak mau gaduh-gaduh.

**Terkilan sebab tak dapat menonton Konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya.. Nantikan aje dalam bentuk DVD lah ye..**

Catat Ulasan

0 Ulasan