Al Fatihah buat Yasmin Ahmad!!!


Assalamualaikum...

Berita yang mungkin mengejutkan kita khususnya buat semua warga filem, rakan media dan peminat semua adalah pengarah filem kesayangan ramai, Yasmin Ahmad telahpun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya sebentar tadi pukul 11.25 malam( berita ini di update pada pukul 1.21 pagi, Ahad 26 Julai 2009). Satu kehilangan yang amat besar buat industri filem kerana bakat kreativiti beliau tiada tandingannya. Al-Fatihah... semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

**Yasmin Ahmad.. memory forever in film industry**
Jenazah akan dikebumikan pagi ini, di Masjid Subang Jaya SS16.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Fara Yahya berkata…
Salaam takziah buat keluarga yasmin ahmad. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman... Al-fatihah.

Saya cukup terkedu akan kehilangan allahyarhamah kerana secara peribadi saya amat mengagumi hasil karya beliau. Ianya tetap akan menjadi ingatan saya sampai bila-bila.
Jo'el berkata…
Sama seperti farah....satu kehilangan besar untuk negara.Walaubagaimanapun ini adalah ketentuanya.Moga rohnya di tempatkan bersama-sama mereka yang soleh...Ini juga .satu peringatan pada yang masih hidup..amin...
nita berkata…
AL-Fatihah..

tiada apa yang mampu dikatakan.. hanya perasaan hiba menyelubungi hati..

Yasmin Ahmad .. semoga kau tenang di SANA
idyavie berkata…
the missing piece.. bila kita akan bertemu dgn mereka2 yg sepertinya