'Cerita Seram Yang Mendebarkan, Cuma.......' Skrip 7707!!


Walaupun berjaya mengutip kutipan RM 1 juta dalam 3 hari tayangan, mampukah karya terbaru arahan Prof Razak Mohaideen ini, 'Skrip 7707' yang ditayangkan bermula pada 16 Julai 2009 dikategorikan sebagai filem seram antara 'terseram' di Malaysia?. Membariskan 10 cerita pendek dalam satu filem, Skrip 7707 adalah sebuah naskhah yang penuh dengan aksi yang mencemaskan dan mendebarkan apatah lagi ia disertai dengan bunyi Dolby Surround yang tentunya menaikkan bulu roma setiap penonton yang menonton filem ini. Apakah ia sebuah karya yang menarik dan perlu ditonton?. Fikirkanlah. Sekiranya anda tercari-cari sebuah cerita yang mampu mengejutkan anda pada setiap babak, anda perlu menonton filem ini, tetapi jika anda mencari naratif yang baik dan bukan klise, maka Skrip 7707 bukan citarasa anda. Mengapa?. Pergi sendiri menonton filem ini di pawagam berhampiran anda. Anda pasti tahu jawapannya.


Menarik atau Tidak Skrip 7707?

Jika ditanya pada saya, apakah Skrip 7707 adalah sebuah karya yang menarik untuk tontonan para pengkritik dan pelajar industri filem?. Jawapan saya pastinya TIDAK!!. Ini kerana, walaupun menampilkan 10 cerita yang pelbagai kisahnya, Skrip 7707 seolah-olah kekurangan idea kerana ia bercerita bermula dengan pengalaman masing-masing melalui setiap individu yang ditemuinya di sebuah tapak perkuburan Cina melalui watak seorang Produser Filem dan penulis skrip terkenal, Burn ( Norman KRU). Dalam kesempitan mencari skrip 'seram' paling 'hangat di pasaran', Burn bertemu dengan Zack, Jaja, Mak Jah, Nora dan sebagainya untuk bertukar cerita / idea setiap dari mereka untuk dijadikan bahan eksperimennya bagi membentuk sebuah lakon layar yang menarik. Namun pertemuannya adalah catatan seram yang sebenar berlaku dalam kehidupan di mana Burn bertemu sendiri dengan makhluk-makhluk yang bernama 'Hantu' atau 'Syaitan'. Apakah yang terjadi disebalik pertemuan itu?. Anda kena tonton sendiri jika mahu alami keseramannya melalui babak-babak yang mengejutkan bagi setiap 10 minit kisah pendeknya. Tetapi, pengakhiran atau ending time bagi filem ini, amat mengecewakan saya kerana kata teman saya yang bersama menonton filem ini adalah 'biaselah filem Prof Razak...macam tue je lah'. Anda nak tahu kenapa?. Tepuk dada Tanyalah selera..

Sinematografi : ****
Jalan Cerita : **
Lakonan : ***
Pengarahan : **
Keseluruhan : ***

Trailer Filem


rasa-rasa anda nak pergi tak tengok filem ini?.

Catat Ulasan

0 Ulasan