Isu Yasmin Ahmad: Datuk Marina Mahathir kecam Akhbar Kosmo!!!


Semalam, kecoh seketika apabila akhbar tabloid rasmi Kumpulan Utusan, 'Kosmo' menyiarkan berita mengenai Latar Belakang Yasmin Ahmad, dengan tujuan untuk mengaibkan keluarga beliau. Artikel tersebut telah mencetuskan polemik tersendiri di kalangan warga industri filem, sehinggakan mendapat perhatian Datuk Marina Mahathir. Jom kita selidiki apakah yang diperkatakan oleh Datuk Marina mengenai akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu..
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin

Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli. Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya. Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya. “Keluarganya rasa sangat kecewa,” kata Marina. “Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya. “Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. “Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?” Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya. “Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara? “Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?” kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini. Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, “yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia” - slogan yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang, Ahad 26 Julai 2009.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

**Saya pun tidak faham, kenapa wartawan kosmo itu berani mengeluarkan isu sebegini!. Apakah tujuan mereka?. Adakah untuk mencari kontroversi lagi bagi melariskan produknya?. Tak sensitif langsung!!.. **

Catat Ulasan

9 Ulasan

Pojiepooh Abdullah berkata…
alahaii..
knp la mayarakat gemar benor nk bukak keaiban org lain..
itu hak dia dgn Tuhan..
org tuh pun dah tiada, patut mereka perlu lebih sensitif..
sorensen berkata…
erm.. mungkin wartawan tu assume yg sume org dah tau kisah latarbelakang yasmin masa muda2 dulu kot. apapun, tak elok la benda tu dihebah2 melalui media mainstream.. sbb itu kan kisah lama, dan orangnya pun dah tiada..
Tanpa Nama berkata…
ni berita bohong ke betul? klu betul ape yg aibnya?
Amy Ikram berkata…
salam..

saudara 'tanpa nama'..,
'bohong atau benar', itu bukan persoalannya. Perkara yang penting ialah, perlu sensitif pada keadaan dengan apa yang kita tulis. Kerana ia melibatkan kematian. Cuba saudara fikir, seandainya salah seorang keluarga anda meninggal dunia, dan orang bercakap pasal keluarga anda dengan mengorek latar belakangnya. apa tujuan mereka?. Untuk mencari publisiti kan. Apa perasaan anda.

Maaf ye.. saya tidak kisah anda tidak sensitif atau tidak, tetapi hormatlah keluarga si mati. Apakah islam mengajar kita untuk mengaibkan seseorang dengan membongkar kisah silamnya?. Jika ya..

wallahuallam
al-fatihah buat yasmin..
the NERD berkata…
bebenar sangat tu
betul ke tidak biarla
harusnya dikenang dipuji menda yg baik
sudahla di hayatnya dimaki dicerca walaupun tak nampak salahnya
Khai Hashim berkata…
Punya lah banyak kebaikan yang beliau buat.... keaiban dia jugak yang nak dihebohkan....
Bagi saya Yasmin boleh dilabel sebagai Lagenda Keamanan Dan Perpaduan. Nama Yasmin Ahmad sebaris dengan tokoh terkenal yang lain seperti Mother Teressa, Nelson Mandela dan seumpamanya. Memperjuangkan nilai kasih sayang, perpaduan, keamanan, hormat menghormati dengan cara beliau sendiri. Berbangga kerana ada rakyat Malaysia yang sebegitu hebat. Zulkifli ataupun Yasmin, saya tetap BANGGA!!!
Anak Raja berkata…
yasmin tahu apa dia buat....
dia ada jawapannya....
kita bukan mahu membelahi mana2 pihak...cuma biarlah kita ni bertimbang rasa....

cuba lihat pengorbanan yasmin daripada melihat keaiban dirinya...

cuma mahu pesan yg diluar sana. biar apa yg kita buat adalah untuk negara,agama banga...

islam suruh kita bersatu bukan?
apa kamu faham tentang karya yasmin?

adakah seperti pemimpin hari ini?
comic_fanz berkata…
aku suka yasmin ahmad kerana karyanya.. aku suka dia kerana kejujurannya.. aku suka dia kerana ketulusannya..

tapi bukan hak aku untuk memperkatakan peribadinya.. bukan hak aku untuk mengatakan dosa pahalanya.. bukan tugas aku untuk menghukumnya.. kerana dia bukan milik aku.. dia milik Yang Maha Esa.. oleh itu kepada Dia juga yasmin kembali..

siapa dia itu bukan menjadi penghalang kepada aku untuk terus mengagumi karya beliau.. itu dia.. tugas aku hanya melihat, menghayati dan merasai karya beliau..

the beautiful storyteller..

rest in peace..