Filem Hormones: 'Hormon Cinta atau Hormon Seks?',

'sebuah kisah remaja yang agak simple, enjoy dan menghiburkan!', itulah yang boleh digambarkan menerusi Hormones sebuah kisah cinta dunia remaja yang diarahkan oleh Songyos Sugmakanan. Filem yang diterbitkan pada tahun 2008 ini, kini sedang rancak ditayangkan di saluran 953 Astro Box Office Movies. Di barisi oleh beberapa pelakon muda Thailand, antaranya Charlie Trairat (Pu), Sirachuch Chienthaworn (Mai), Chutima Teepanat (cee) dan ramai lagi boleh dikatakan sebuah kisah cinta yang sebenarnya berlaku di alam persekolahan anak-anak muda tidak kira di mana jua mereka berada (bukan di Thailand sahaja). Keinginan seksual serta rasa mahu disayangi antara lelaki dan perempuan adalah lumrah alam yang wajib diakui oleh semua manusia apabila mereka berada di dalam kelompok remaja ini samada pernah melaluinya ataupun tidak. Plot dan naratif di dalam Hormones lebih memfokuskan kepada dunia remaja yang merangkumi nilai dan erti sebuah persahabatan samada persahabatan memulakan rasa cinta mahupun memusnahkan rasa yang dimiliki atas sebab percampuran atau perebutan kehendak hati dan naluri. Di ambil daripada format cerita British romantic comedy Love Actually by Richard Curtis, Hormones sebenarnya memberikan paparan terbuka dunia remaja sekitarnya dengan lebih berkehendakkan jatidiri Asia dalam dunia remaja anak-anak muda di Kota Thailand. Filem yang berdurasi 110 minit ini boleh dianggap sebuah filem romantik drama tentang 'kelompok remaja' yang mewakili beberapa pasangan antaranya ' Pu dan Mai yang bersahabat tetapi menyintai gadis yang sama, Nana. Mereka berlumba-lumba memikat hati dan perasaan gadis tersebut, lantaran terjadi satu konflik yang menyakitkan antara ketiga-tiganya. Kisah kedua pula mengenai Jo yang amat meminati seorang gadis popular di sekolahnya Cee, sehinggakan lamaran cintanya ditolak gadis tersebut, barangkali Jo bukan lelaki idaman Cee. Kisah ketiga pula mengenai Oh Lek yang amat meminati seorang penyanyi Taiwan yang kacak, Lu Ting Wei, sehingga membuatkan Oh Lek begitu taksub akan filem-filem dan nyanyian Lu Ting Wei, apatah lagi patung penyanyi tersebut di semadikan di dalam biliknya. Ia berakhir apabila impian dan keinginan bertemu dengan penyanyi lelaki idamannya menjadi kenyataan apabila Lu Ting Wei bertemu Oh Lek dengan tidak sengaja di sebuah restoran yang dikunjungi Oh Lek bersama keluarganya. Apakah yang terjadi seterusnya?. Adakah mereka akan berkucupan mesra?. Anda kena tonton sendiri filem ini ye. Kisah keempat pula mengenai Hern seorang jejaka yang agak 'horny', sudah mempunyai kekasih hati seorang DJ popular, Nuan tetapi curang dengan gadis Jepun yang agak seksi, Aoi sehingga membawa mereka ke satu percutian seks di sebuah pantai yang sungguh mendamaikan.

Hormones bukan sebuah filem pendek yang mempunyai pelbagai kisah di dalamnya, tetapi 4 kisah yang terkandung di dalam Hormones adalah bersangkut paut antara kesemuanya kerana ia dihubungkan melalui struktur cerita yang pelbagai, tetapi memiliki satu plot iaitu 'remaja dan hormon'. Apakah hormon yang terkandung di dalam Hormones ini boleh dianggap keterlaluan atau sekadar realiti anak-anak muda di Kota Thailand?. Bagaimanakah kesemua watak-watak ini memaparkan jurang kisah yang berbeza tetapi mempunyai impian yang sama iaitu 'Cinta dan Seks'?. Apakah yang terjadi seterusnya? Anda kenalah menonton Hormones yang tentunya mewarnai kehidupan anda sekeluarga di saluran 953 Astro Box Office sekarang!!!.



updated pada 16 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

Catat Ulasan

1 Ulasan

shin dah tengok dah.. tawun lepas... part sedih bila frust.. lepas dah jenuh belajar cakap taiwan.. tetiba penyanyi tu x jadi dtg buat performance.. puas la nanges.. lastly jumpa kat kawasan perkuburan... part paling besh... diaorg hampir berselisih.. then nasib baik ada bunyik mercun.. penyanyi tu terperasan budak pompuan tu.. then dia teringat video budak pompuan tu nyanyi lagu dia sambil nangis.. last2 diaorg bejumpa... shin pun tengok sambil terharu..

dan part 2 org budak lelaki tu.. matikan hp.. sbb diaorg sebenarnya.. beralah.. so masa si nana tu sms... tak sampai msg nya.. sbb dua orang budak ni matikan hp.. bila dah habis cuti.. baru diaorg on hp... huhuhuh memasing belari pegi umah nana.. tp nana dah balik skolah dia.. dia hanya tinggalkan no telefon yg di ceraikan dua... so.. diaorg sambungkan dua ceraian tu.. baru dpt no telefon nana tu.. huhuhu besh sgt... teringat best fren yg shin.. kitaorg pun selalu suka org yg sama.. huhuhuh..