Jom tengok Festival Muzik Kuala Lumpur 2009.. sempena KL Festival 2009

Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan rakan kerjasama Istana Budaya, Life Centre, Hard Rock Café dan Life Records.

Seni dan budaya merupakan satu komponen penting dalam usaha untuk membangun dan memajukan negara. Masyarakat Malaysia yang berbudaya, bersatu dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah intipati utama untuk menentukan negara dan rakyatnya mengecapi kesejahteraan hidup. Oleh yang demikian program pembangunan seni budaya bagi melahirkan masyarakat berbudaya dan cintakan seni perlu dipertingkat dan dimantapkan.

JKKN sebagai salah sebuah jabatan di bawah KPKK berusaha melaksanakan program pembangunan kebudayaan dan kesenian melalui usaha-usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni dan budaya.

Program bagi tahun 2009 dirancangkan selaras dengan penekanan KPKK ke arah mengukuhkan perpaduan, melibatkan generasi muda di samping usaha menyuntik nilai ekonomi melalui pengkomersilan produk seni dan budaya. Aktiviti JKKN juga dilaksanakan ke arah merealisasikan visi kementerian untuk menjadikan negara ini sebagai hub seni budaya dan warisan di peringkat antarabangsa.


Pengisian FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2009

Sejak diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, Festival Muzik Kuala Lumpur yang masuk tahun keempat penganjurannya pada 2009 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival Kuala Lumpur 2009. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur telah berjaya menarik hampir 19, 692 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair.

Justeru, pada tahun ini Urus Setia merencanakan beberapa konsert bagi seluruh pencinta muzik tanahair melalui Festival Muzik Kuala Lumpur 2009. Berikut diumumkan enam (6) Konsert yang mengisi slot Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 :-


Konsert ’Lelaki Ini’
Anuar Zain & Orkestra Simfoni Kebangsaan

Tarikh :
1-2 Julai 2009

Tempat :
Panggung Sari, Istana Budaya

Masa :
8.30 mlm – 10.30 mlm

Tiket-tiket :
RM 25, RM 80, RM 150, RM 180 dan RM 250

Konsert ini memaparkan adunan vokal penyanyi yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum dan sering menjadi pujaan peminat seni suara tanahair. Anuar Zain akan turut diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dalam konsertnya yang akan berlangsung selama dua jam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket-tiket bernilai dari RM 25, RM 80, RM 150, RM 180 dan RM 250 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara ‘online’ melalui www.ticket2u.biz ataupun telefon di talian 03-4149 8600 (Jam 9 pagi – 6.00 petang). Jangan ketinggalan menyaksikan penyanyi pujaan anda dengan muzik iringan dan digubah khas untuk konsert ini oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

KONSERT : ’AHMAD NAWAB GOES TO LIFE CENTRE’

Tarikh :
3 Julai 2009

Tempat :
KL Live Hall, Life Centre

Tiket :
RM 25

Konsert yang julung kalinya diadakan ini dengan kerjasama Life Centre akan mempersembahkan Seniman Negara ketujuh YBhg. Datuk Dr. Ahmad Nawab dalam sentuhan emasnya bersama dengan penyanyi undangan Jamal Abdillah, Stacy, Azlina Aziz, Koir Kebangsaan dan pemuzik iringan Man Kidal dan Steve Thornton yang akan berlangsung selama dua jam di KL Live Hall, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan menyaksikan lagu-lagu malar segar hasil gubahan Seniman Negara - YBhg. Datuk Dr. Ahmad Nawab denghan sentuhan dan nafas baru.

KONSERT GENERASI BARU

Menampilkan: Meet Uncle Hussein dan Koir Kebangsaan

Tarikh :
3 Julai 2009

Tempat :
Hard Rock Cafe, Jln. Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Masa :
11.00 mlm – 11.45 mlm

Bayaran Masuk
(Cover charge) : RM 50

Tel : 03-27155555

Konsert ini akan mempersembahkan kumpulan indie Meet Uncle Hussein dan Koir Kebangsaan di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan menyaksikan bagaimana sebuah kumpulan indie berganding bahu dengan Koir Kebangsaan dalam mempersembahkan hasil karya mereka dengan nafas generasi baru.

KONSERT RUHANI

Menampilkan:
Ustad Sultan Khan
Rabbani
Mohram
Farid Ali
Sambasunda

Tarikh :
4 Julai 2009

Tempat :
Panggung Sari, Istana Budaya

Masa :
8.30 mlm – 10.30 mlm

Tiket :
RM 25, RM 60, RM 100 dan RM 150

Konsert ini memaparkan adunan vokal dan muzik berunsur keruhanian dan sejagat yang pastinya akan mengusik deria rasa anda. Antara artis yang terlibat adalah Ustad Sultan Khan –pemuzik sarangi antarabangsa, Rabbani, Mohram, Farid Ali dan Sambasunda (Indonesia). Pastikan anda dibuai rasa kesyahduan melalui alunan melodi indah yang menenangkan selama dua jam di Panggung Sari, Istana Budaya.Berlangsung hanya sehari sahaja, Tiket-tiket bernilai dari RM 25, RM 60, RM 100 dan RM 150 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara ‘online’ melalui www.ticket2u.biz ataupun telefon di talian 03-4149 8600 (Jam 9 pagi – 6.00 petang).

KONSERT ’SOUNDS OF MALAYSIA’

Menampilkan:
Samuel J. Dass
Hands Percussion Gamelan Team
Jerry Kamit
Asika

Tarikh :
5 Julai 2009

Tempat :
Panggung Sari, Istana Budaya

Masa :
8.30 mlm – 10.30 mlm

Tiket :
RM 25, RM 50 dan RM 80

Konsert ini memaparkan adunan vokal dan muzik ilham Malaysia yang akan membuai perasaan dan menyuntik kebanggaan anda sebagai anak Malaysia! Saksikan dan hayati muzik daripada pemain sitar yang menerima tujuh pingat emas dalam World Championship of Performing Arts in Hollywood, Los Angeles, USA 2006 iaitu- Samuel J. Dass, Hands Percussion Gamelan Team, Jerry Kamit dan Asika. Anda akan diselubungi rasa segar dan hangat menerusi alunan lagu-lagu anak Malaysia selama dua jam di Panggung Sari, Istana Budaya. Juga berlangsung hanya sehari sahaja; tiket-tiket bernilai dari RM 25, RM 50 dan RM 80 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara ‘online’ melalui www.ticket2u.biz ataupun telefon di talian 03-4149 8600 (Jam 9 pagi – 6.00 petang).

Pastikan anda tidak ketinggalan !


KONSERT NOSTALGIA 70AN ”SEMALAM DI MALAYSIA ”

Menampilkan: Diana Nasution, Endang Estaurina, Tommy J. Pisa, Erni Djohan, Tetty Kadi, Vivi Sumanti, Ria Resty Fauzy, Zaleha Hamid, Halil Chik & Azwan Mazwan Safuan

Tempat :
Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Tarikh :
10 Julai 2009

Masa :
8.30 mlm – 10.30 mlm

Tiket :
RM 50 & RM 40

Konsert ini yang akan memaparkan lagu-lagu malar segar nyanyian artis-artis popular Malaysia dan Indonesia sekitar tahun 70an dengan kerjasama Life Records. Antara artis-artis yang terlibat dalam persembahan ini adalah Zaleha Hamid, Halil Chik, Azian Mazwan Safuan, Endang S. Taurina, Ernie Djohan, Eddie Silatongga dan Tommy J. Pisa.

TEL : 03-2162 2570 /2571 / 2572 (Rachael)


Catat Ulasan

1 Ulasan

MORIBAYU berkata…
An Invitation -
Yoyooh.com Blogger Awards Night

Salam
Anda telah dijemput ke Majlis yoyoo.com Awards Night .

Utk makluman lanjut sila ke

yoyooh.com.


Terima Kasih