Beberapa hari lepas, kecoh seketika dunia blog terutamanya blog yang memfokuskan kepada catatan peribadi tentang 'golongan lelaki' yang kandungannya lebih sensitif apatah lagi ia memaparkan beberapa gambar 'lelaki' yang rata-ratanya boleh dikategorikan sebagai 'lelaki gay' atau 'homoseksual', beraksi lucah tanpa sejalur benang menutupinya. Isu kandungan blog tersebut dikupas secara drastik oleh sebuah laman blog yang dikendalikan oleh seorang hos sebuah rancangan TV3 yang agak popular, sehinggakan menjadi isu yang agak panas dan sensasi. Daripada isu tersebut, saya dimaklumkan bahawa terdapat 2 blog tentang 'lelaki' yang agak panas dan salah seorang penulis blog itu menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan, tatkala blognya dikecam sebagai blog lucah oleh hos tersebut. Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda pembaca setia blog ini bahawa 'sekiranya seseorang pelayar internet itu adalah gay, dia akan melayari setiap hari blog tersebut dan mencetuskan kontroversi atas blog yang dibacanya, barangkali gambarnya telah tersiar (atas kesilapan yang dilakukan, iaitu berbogel di internet, dan apabila tersiar gambarnya mulalah meradang atau naik angin). Ataupun 'dia bimbangkan sekiranya ini boleh merosakkan pemikiran pembaca dan mengaibkan seseorang!'.Namun begitu, setiap apa yang kita tulis dan paparkan di dalam sesebuah blog adalah menjadi tanggung jawab kita sepenuhnya, dan setiap blogger mesti faham perkara ini kerana ia termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walaubagaimanapun,tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Berbalik kepada dua blog tersebut (yang dikontroversikan oleh penulis blog popular), persoalan yang seringkali bermain difikiran saya adalah 'kenapa dan mengapa seseorang itu cuba menghangatkan keadaan?. Apakah dengan mencari perhatian dan isu supaya rating rancangan menjadi tinggi?. Sekiranya seseorang itu lelaki tulen, dia akan melayari laman lain iaitu lebih kepada laman gambar-gambar wanita dan gadis seksi. Apabila cuba menimbulkan isu tentang blog lelaki, seolah-olah dia cuba hipokrit itulah yang sebenarnya berlaku di negara kita yang kata sesetengahnya 'kaya dengan budi bahasa' , tetapi terbalik 'kerana kita kaya dengan aksi-aksi yang melampau'. Merujuk kepada salah satu blog lelaki 'yang menjadi perhatian hos itu' , saya juga melihat blog itu kerana ia lebih kepada kritikan sosial tentang dunia lelaki, merangkumi persekitaran, pergaulan, dan cara kehidupan. Bukan kepada aksi lucah sepertimana yang dicetuskan oleh blog hos popular itu. Namun, apa yang harus diingat oleh pemilik kedua blog lelaki itu adalah 'jangan mengalah sekiranya apa yang anda tuliskan itu adalah kisah benar, tetapi kaburkan wajah yang difokuskan dalam penulisan anda menerusi lelaki yang anda tulis itu, agar blog anda tidak akan dikecam blog lucah'. Ataupun 'link aje blog anda sebagai blog 'private' yang hanya boleh diakses oleh ahli anda sahaja'. kan senang!!.
Justeru, sebagai penulis di bumi Malaysia, kita perlu akur kerana 'kita berada dikalangan manusia yang pelbagai ragam' dan tidak semua apa yang kita paparkan menjadi minat pembaca atau pengikut setia. Oleh itu, sekiranya kita seorang 'lelaki' dan bukan 'lelaki dua nafsu', maka kita tidak akan menjadikan isu ini berulang kali kerana ia memalukan diri sendiri, orang lain dan semua yang mengikutinya.. Apa kata kita bincang topik lain yang lebih educated dan mencabar, bukannya isu yang agak klise di mata Malaysia..
walllahuallam..

**Ingat.. bukan ada 2 sahaja blog yang perlu difokuskan. Bagaimana pula dengan blog seperti manjam, myspace, facebook dan sebagainya yang juga di katakan medan mencari partner seks!!. ada lagi yang lebih teruk daripada itu!!.**
walllahuallam..
3 Ulasan
Interesting entry...susah nak cakap....
...No body perfect...
Setiap orang pasti ada kelebihan juga kekurangan.... sebagai manusia biasa...kita pasti tidak lepas dari membuat dosa....sama ada you are straight, homo or BI....
Sebagai seorang insan yang ..... seharusnya dia membimbing bukan hanya mencerca saja...
waa'laikumsalam
i am totally agreed to what u said
aku ikut perkembangan host tv tersebut, seorang pengkomen yang mencetus, then blog yang kena tembak tu
bagi aku, blog yang kena tembak tu, banyak je benda2 yang baik
at least dia tahu mengenai agama kan?
g pun aku tak faham yang host tv nak tembak pasal underwear je...yang benda baik nak tutup je ke?
g pun, aku lebih tertarik untuk tahu tentang guy yang in the closet ni, pengecut gile nak ngaku
KDL much more better
tp yg palatnya kenapa kt dah tau benda tu salah kita still buat.. i'm asking 4 my self too.. 4 example tak baik kt meninggi suara ngan parents.. tak cium bau syurga.. tp still kekadang terlepas gak kemarahan tu..
actually banyak isu2 yang harus dipercerminkan.. bout isu gay thing.. every single human have our own thought.. so msg2 tau mana yg buruk dan mana yg baek 4 ourself.. think!