Bicara Jumaat minggu ini menghidangkan kepada anda pembaca setia blog amyikram tentang titipan rasa berkaitan hukum meninggalkan solat bagi setiap muslim yang telah diputuskan oleh Allah S.W.T menerusi Rasulullah S.A.W. Sekiranya anda seorang manusia yang beragama islam dan mengaku tentang kewujudan Allah S.W.T, maka anda akan mengerjakan solat lima waktu dan segala suruhan dan meninggalkan larangannya. 'Barang sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka Allah S.W.T dan Rasul-Nya tidak akan bertanggung jawab terhadapnya di akhirat kelak'. Justeru, lupakan sebentar hal duniawi dan kemewahan yang dikecapi, dengan melakukan solat lima waktu kerana sesungguhnya barang sesiapa yang meninggalkan kesemuanya, maka ia telah murtad yakni terkeluar dari agama islam.
Seksaan Bagi Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:
Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.
Semasa di Dunia
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:
- Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah, kemewahanya itu hanya istidraj belaka).
- .Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.
- Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.
- Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).
- Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.
- Doanya tertolak
Semasa Hampir Ajal
Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:- Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).
- Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).
- Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.
Semasa Bertemu Tuhannya
Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.
** Mohon dijauhkan daripada malapetaka ini seperti yang dinyatakan di atas kepada kita semua** Amin
0 Ulasan