'Penari Lelaki Tak Berbaju di Istana Budaya.. pun nak kecoh!?'


Tergelak besar saya apabila terbaca artikel semalam di dalam Harian Metro mengenai 'Penari Lelaki tak berbaju' di Istana Budaya semasa'Konsert The Merchants Of Bollywood' telah mencetuskan ketidakpuasan hati segelintir rakan media semasa konsert itu berlangsung. Ada jugak yang mengaitkan Istana Budaya sebagai pusat kebudayaan milik kerajaan itu apatah lagi ia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dikatakan membiarkan pementasan sekumpulan penari lelaki tak berbaju yang menampilkan susuk tubuh yang menggoda. Menurut penjelasan ekslusif Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani berkata,'pementasan yang melibatkan golongan penari lelaki tak berbaju itu bukan bertujuan sebagai elemen seksual tetapi itulah budaya masyarakat India dalam sesebuah persembahan tarian samada klasikal ataupun tradisional. Meskipun dia menari tanpa baju, tetapi bukan dalam keadaan mengghairahkan dan kurang adab sopan, tetapi dipersembahkan dalam tarian tradisional India.'. Tambah beliau '"Sebelum meluluskan muzikal tari ini, IB terlebih dulu menonton rakaman persembahan di beberapa negara lain dan kami dapati penari lelaki menari tanpa baju bukan untuk tujuan tarikan seksual, tetapi budaya mereka begitu. "Tetapi kita akan berasa janggal apabila artis tempatan buka baju kerana ia bukan budaya kita. Itu bezanya budaya orang Melayu dengan bangsa lain dan kita perlu memahami budaya mereka dengan jelas. Dalam perkara ini IB tidak pilih kasih," katanya. Kata Juhari, penonton juga mungkin tertipu melihat penari wanita yang terdedah sebahagian tubuh mereka terutama pada bahagian perut. "Sebenarnya mereka mengenakan 'body sut' menutupi dari paras leher sehingga ke lutut. Ia menjadi trend di Bollywood sekarang yang turut pakai 'body sut' ketika beraksi dalam penggambaran filem di sana. "Bagaimanapun, dengan pengggunaan teknologi moden dan penataan lampu di pentas, kita sangkakan mereka tidak mengenakan sebarang kostum untuk menutup tubuh. "Saya rasa peminat filem Hindi sangat memahami kaedah yang digunakan dalam produksi di sana dan segala elemen ditonjolkan dalam tarian melambangkan budaya mereka. Apa yang dipaparkan dalam pementasan ini tidak jauh bezanya apabila kita menonton filem Hindi cuma yang ini kita menyaksikannya secara langsung.

Daripada penjelasan itu, terbuktilah bahawa ketidakpuasan hati segelintir pihak adalah cetusan rasa untuk menimbulkan kontroversi, padahal ia bukannya persembahan lucah yang menggersangkan. Jika diperhatikan di dalam mana-mana acara kesenian samada persembahan pelbagai kaum 'terdapat jugak golongan lelaki yang mementaskan beberapa acara tanpa baju dan ada ketika mereka bercawat, dan ini menampakkan sesuatu cara hidup sesebuah masyarakat yang perlu difahami!'. Justeru, sebelum kita menyaksikan sesebuah persembahan tentang 'budaya sesebuah kaum', kita jangan bandingkan budaya kita dengan budaya bangsa lain, kerana ia berbeza, asalkan mereka tidak berbogel'.
**Bayangkan, seandainya konsert di IB macam ni.. ayoo!!**

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anak Raja berkata…
isu cari pasal ni...
nk tegelak pulak....