'Setem... wajib di tonton 30 Julai 2009!!'

Mendengar saja tajuk 'Setem' barangkali anda akan tertanya-tanya apakah ia sebuah karya yang perlu ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat dan pengkritik filem tempatan?.Jawapan saya YA!. Kenapa?. Ini adalah kerana sebab Setem diarahkan oleh Khabir Bhatia dan ia sebuah karya yang cukup nilai dan sifatnya serta memiliki naratif cerita yang agak menarik sehinggakan perjalanan filem yang berdurasi 110 minit ini tidak dijangkakan sudah berakhir tanpa disedari.

'Setem' sebuah karya yang tidak mengecewakan ini memaparkan pelbagai kisah yang berlaku dalam masyarakat Malaysia iaitu 'tamak, cemburu, penipu, gengsterisme' dan sebagainya ini di wakili oleh 5 kumpulan manusia yang terdiri daripada Geng Anak Yatim (Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Datuk Aziz Sattar), Geng Piranha (Chew Kin Wah, Bront Palare, Adam Corrie Lee), Geng Tosai (Indi Nadarajah, Sathia), Geng Bakso (Harun Salim Bachik, Isma Yusoof), dan Geng Teraniaya (Vanidah Imran, Que Haidar). Kelima-lima kumpulan ini mempunyai kisah hidup masing-masing iaitu untuk memburu satu impian (kecuali Kumpulan Teraniaya) untuk menjadi kaya dengan bersumberkan 'Setem' yang bernilai USD 4 juta sebagai buruannya. Plot di dalam Setem boleh di katakan memiliki struktur naratif yang agak tersusun iaitu permulaan ( semasa Setem dilancarkan oleh Charles Barring dan diumumkan antara setem yang berharga, bersejarah dan akan dipamerkan di Muzium Melaka, sehingga menjadi idaman Joe dan Sid untuk mencurinya). Ini bukan terhenti begitu sahaja, tetapi ia juga menjadi sasaran utama beberapa manusia seperti Mani, Vellu, Marcello, Lim Piranha dan Pak Ramli. Ke-empat-empat kumpulan ini dipertemukan sehingga terjadi beberapa babak yang cukup mengujakan, mencabar dan menakutkan. Mereka merancang pelbagai strategi untuk merompak 'Setem' yang akan dibawa keluar dari sebuah bangunan yang dihuni oleh Charles Barring oleh sebuah van keselamatan. Di sebalik itu Vellu (security dalam van) juga merancang untuk melarikan setem tersebut bersama Mani, bekas banduan yang baru keluar dari penjara Pudu. Ini di katakan struktur pertengahan dalam 3 act di mana ia bermulanya sebuah kisah yang mengandungi pelbagai kejadian yang cukup mengujakan dan di dalamnya memiliki pelbagai aksi yang tentunya membuat anda terkesima di dalam pawagam. Kemuncak merupakan ending yang seringkali di nantikan di dalam sesebuah filem samada ia memberikan happy ending mahupun sad ending atau dramatik scene. Ia merupakan struktur yang terakhir dalam pembinaan 3 act dalam sesebuah filem. Kemuncak filem ini memberikan satu kejutan yang cukup menggemparkan sehingga filem Setem boleh dikatakan sebuah filem aksi yang cukup mendebarkan serta perlu ditonton mulai 30 Julai 2009 di pawagam, sekiranya anda mahu menyaksikan apakah yang akan terjadi pada setem dan kelima-lima kumpulan tersebut!.

Point utama yang menjadikan filem arahan Khabir Bhatia kali ini cukup unik dan perlu ditonton adalah pada plot 'setem' yang dikembangkan secara menarik, tanpa gangguan visual yang tidak penting sepertimana filem-filem komersial yang lain, yang agak klise sifatnya. Walaupun 'setem' dikatakan sama seperti filem Los & Faun arahan Afdlin Shauki yang mengkaji kehilangan sebuah jam tetapi sangkaan itu perlu dibuang jauh kerana setem menghidangkan elemen naratif yang agak kuat pada plot 'setem' dan beberapa watak yang cukup menjadi dan berjaya dihidupkan. Perbezaan ketara antara Setem dengan filem lain (walaupun diterbitkan oleh Tayangan Unggul), adalah pada kekuatan sinematografinya. Perhatikan sahaja setiap sudut visual di dalam filem ini, ia merakamkan catatan peristiwa yang berlaku dengan bantuan camera work, lighting, shot dan beberapa elemen lain cukup boleh dibanggakan dan ia merupakan sebuah filem tempatan yang memiliki rencahnya yang pelbagai dan tidak mengecewakan sekiranya ditonton di layar lebar berulang kali.

Justeru, Setem wajib ditonton mulai 30 Julai 2009 di pawagam kerana ia menghidangkan pelbagai elemen yang anda cari selama ini dalam sebuah filem tempatan, selepas revolusi filem melayu yang dilakukan oleh Yasmin Ahmad di dalam karya-karya arahannya, walaupun ia tidak sekuat beliau. Namun, tentunya ini tidak akan mengecewakan sekiranya anda pergi menonton filem ini akan datang di pawagam seluruh Malaysia.


Trailer Setem
Arahan Khabir Bhatia



**** untuk setem!!!
ingat jangan pulak gi serbu Pos Malaysia , kalau nak tengok filem Setem!! di pawagam la.. hehehe

p/s: Ulasan ini dibuat selepas amy ikram menghadiri sesi preview perdana filem SETEM pada 14 July 2009 di GSC Tropicana Mall.
updated pada 15 July 2009.. copyright controlled 2009 by amy ikram ismail.

Catat Ulasan

0 Ulasan