Apa dah Jadi dengan 'Talentime' Yasmin Ahmad di Astro Box Office?


Bermula 1 Ogos 2009 hinggalah ke hari ini, filem 'Talentime' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ditayangkan di saluran 'Astro Box Office'. Saluran berbayar itu dikatakan tidak 'prihatin' apabila menayangkan filem tersebut tanpa 'menyediakan subtitled' pada sesetengah babak yang agak penting. Filem yang menggunakan 3 bahasa 'Malay-english-tamil' dan satu 'bahasa isyarat' ini hanya menyediakan 'sarikata bahasa english' hanya pada sesuatu babak. Apabila babak yang menggunakan 'bahasa isyarat' yang dilakonkan oleh Mahesh, langsung tidak mempunyai sari kata. Apakah ini kesalahan teknikal atau disengajakan?.

Bukan membangkit atas apa yang dipersembahkan, tetapi pihak Astro perlulah faham bahawa dalam sesebuah filem, setiap scene dan dialog itu penting dan tidak semua penonton akan faham atas apa yang digambarkan di dalam sesebuah filem (kecuali penggiat filem dan krew terlibat). Hanya melalui sarikata sahajalah, sesuatu babak yang sukar difahami akan dapat difahami sekaligus mesej dalam sesebuah filem akan sampai kepada penonton yang menontonnya. Jika dibiarkan, maka sesebuah karya itu tidak akan dapat dihayati oleh sesetengah penonton yang mungkin 'bukan dari golongan' tersebut. Justeru, sebagai karyawan dan penggiat industri filem, perkara ini mungkin agak mengecewakan sedikit kerana 'jikalau Yasmin masih hidup' barangkali ia akan kecewa menyaksikan filemnya sebegitu.

Wallahuallam.

p/s: Saya bukan kata x ok dgn subtitle english tue, tp yg saya peliknya kenapa scene Mahesh tue x de sarikata?. Apakah ia sengaja?. Kesianlah sikit pada penonton-penonton diluar sana yang mungkin tidak faham bahasa isyarat.. lepas nie (ada masa lagi sebulan).. masukkanlah sarikata english dan malay sekali..

**tahniah buat Astro yang wujudkan saluran 110 Yasmin Dalam Kenangan. So.. masukkan juga iklan2 arahannya. hehehe**

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahahahhahahahahhahahaha
Sicreci berkata…
Yep, I'm guessing astro won't be showing Muallaf? Isn't ther anythg we can do that Muallaf will be allowed 2 screen here?