'2 garis halus memisahkan Antara Garisan!!'

'Setiap hukuman di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T dan segala kebaikan serta keburukan umat manusia di muka bumi ini adalah cerminan realiti yang perlu dijadikan pedoman umat manusia seluruhnya', adalah ulasan ringkas yang boleh dikatakan menerusi "Antara Garisan", sebuah karya hebat Shahrulezad Mohameddin yang telah ditayangkan pada 5 September 2009 menerusi rangkaian Astro Ria. Telefilem istimewa Ramadan ini diterbitkan oleh Raduis One mengisahkan 2 watak hebat lakonan Norkhiriah (Ayu) dan Sharifah Armani (Veeda). Kedua-dua mereka merupakan adik beradik, tetapi berlainan kelakuan di mana Ayu merupakan seorang GRO yang bekerja di kelab-kelab malam manakala adiknya Veeda, merupakan muslimah sejati yang mempunyai perilaku yang baik budi pekertinya tetapi hanyut dengan godaan nafsu syaitan yang menyesatkan.

Kelakuan manusia menerusi perbezaan darjat agama dipaparkan menerusi watak seorang ustaz muda, Ustaz Arman (lakonan Ismail Abd. Aziz) yang terlalu fanatik dengan ajaran islamnya sehingga sanggup menghukum kesalahan manusia lain menurut hawa nafsu syaitan ( Isma Yusoof memegang watak Syaitan yang berselindung dengan jubah putih), lantas memerangkapkan kehidupannya tanpa disedari. Apabila sedar, Ustaz Arman dan Veeda ditangkap berkhalwat dalam sebuah rumah. Apakah ia sebuah gambaran hebat secara sinis Shahrulezad terhadap perilaku seorang yang mengaku alim ulama, tetapi hakikatnya lagi teruk daripada apa yang berlaku dalam masyarakat islam sekarang.

Antara Garisan satu paparan yang amat menarik kerana ia memaparkan kepada kita tentang pergolakan kehidupan sesama manusia antara 'baik dan buruk'. Pembukaan pertama telefilem ini menunjukkan kedudukan antara dua watak yang berbeza iaitu watak Ayu (Norkhiriah) yang berada di tempat terhina iaitu maksiat manakala Ustaz Arman berada di darjat yang tertinggi iaitu kemuliaan mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pertemuan mereka adalah di hadapan sebuah surau di waktu subuh. Cuba perhatikan di akhir cerita ini ( di hadapan surau), kedudukan mereka telah berubah di mana Ustaz Arman berada di tahap yang terhina (ditangkap berkhalwat oleh masyarakat kampung) dan Ayu berada di mimbar surau dalam keadaan mulia (bertaubat dan menginsafi kesalahan yang dilakukan).

Namun begitu, apa yang cuba ingin di sampaikan oleh pengarah menerusi Antara Garisan ialah 'Jangan memandang hina terhadap orang lain walaupun ia melakukan kesalahan yang amat besar terhadap agama islam kerana hak untuk menentukan dosa dan pahala adalah daripada Allah S.W.T bukannya kita manusia ciptaan-Nya. Justeru, sebagai orang islam kita patut membimbing kesalahan orang tersebut ke jalan yang benar dan di redhai-Nya bukannya berperang, menyerbu rumah dan berpra-sangka buruk melihat kehidupan orang lain yang amat berbeza dengan kehidupan kita sebenarnya.' Wallahuallam.

p/s: Antara Garisan cuba mengkritik kehidupan masyarakat melayu yang amat kolot dan terlalu ikutkan nafsu dalam menentukan sesuatu hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas seseorang tanpa melihat perkara sebenarnya. Kisah ini adalah benar dan masih lagi berlaku dalam kelompok masyarakat melayu terutamanya yang terlalu kuat dengan agama islam dan melihat semua manusia adalah hina disisi mereka. Bukankah ia satu sindiran tajam kepada kita?. Antara garisan telah terpisah menerusi 2 garisan halus yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita. Tidak Percaya? Pergi la lihat di sekeliling kita..



**Kepada anda yang terlepas menonton Antara Garisan semalam, jangan khuatir kerana ulangannya tetap ada kerana tayangannya di Astro Ria.. bukannya saluran lain.. So apa komen anda terhadap telefilem ini?.**

Catat Ulasan

2 Ulasan

err klu xsilap, ayu ngn wida tu bkn adik beradik kan, they all sepupu... klu xsilap...
br tgk td, kat utbe... umah xde astro huhu
citer yg best....
AiNa MaYa berkata…
kte x pernah tahu bila kte akan melintasi garisan halus itu...beringatlah kerana kte semua sama di sisi Allah, hanya iman yang membezakan...