Antara Jin Notti dan Momok..... Manakah Pilihan Anda?


sekadar sebuah coretan..

"Antara Jin Notti atau Momok', manakah satu pilihan anda untuk tayangan di musim perayaan ini?. Jika anda penggemar filem-filem seram, tentunya anda akan memilih Momok The Movie, manakala bagi anda peminat genre fantasi komedi pula, mungkin Jin Notti akan menjadi pilihan tepat di hati anda. Ketika diajukan soalan kepada beberapa rakan media mengenai kedua-dua buah filem ini, masing-masing memberikan pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Ada di antara mereka menggemari Jin Notti , ada pula yang menggemari Momok, malahan ada juga yang menghentam kedua-dua buah filem ini. Kenapa?. Ketika sidang preview kedua-dua buah filem ini beberapa minggu lepas, saya mendapati ia mempunyai struktur penceritaan yang agak longgar, lakonan yang bersahaja, apatah lagi sudut pengarahan dan naratifnya tidak ditikberatkan. Bukan cakap kosong, malahan ada desas desus dari rakan media sendiri membuat andaian bahawa filem 'Momok' adalah karya syok sendiri seolah-olah memperbodohkan penonton supaya ketawa melihatnya. Tambahnya lagi, 'nak tulis apapun aku tak tau pasal Momok, bosan dowh... sedih sangat filem melayu macam ini', kritik seorang wartawan hiburan pada saya selepas preview filem tersebut beberapa minggu lepas. Ketika ditanya pula mengenai Jin Notti, masing-masing menyimpulkan bahawa ia sebuah karya fantasi komedi yang boleh menarik perhatian penonton, tetapi jika dikembangkan plot dan gaya pengarahannya, maka ia akan menjadi filem yang boleh dibanggakan. Ini tidak!.

Terbaru, produser filem yang juga jutawan filem-filem tempatan, David Teo dikatakan berdebat dengan Norman KRU, dalam mempertahankan kebenarannya bahawa "Momok" paling laris berbanding "Jin Notti". Kata David Teo, Momok mencapai kutipan RM 1.25 juta malahan Jin Notti dianggarkan mengutip RM 1 juta sahaja. Pertelingkahan ini telah menimbulkan polimek tersendiri di kalangan warga industri malahan ada juga yang mengatakan kedua-dua produser ini seolah-olah menunjukkan belangnya masing-masing bahkan jika dilihat dari sudut naratif bagi kedua-dua filem ini agak biasa dan stereotype. Namun begitu, sekiranya kedua-dua filem ini terlalu hebat dan boleh memecahkan panggung antarabangsa , maka perdebatan itu wajar dan perlu diteruskan. Tetapi, ini tidak... hanya cemburu mencemburui antara satu sama lain.

Wallahuallam..

p/s: Pertelingkahan itu perlu jika kedua-dua filem tersebut terlalu hebat dan bagus pengisiannya. Ini tidak... hanya untung... untung dan untung.. Bukan untung tidak boleh, tetapi perlulah selari dengan pengisian sesebuah filem tersebut.
*Hanya mengkagumi Allahyarham Yasmin Ahmad di persada industri perfileman tempatan sahaja. Tahniah Talentime ke 15 buah negara. Alhamdulillah*

-ada yang bertanya pada saya, tak nak tengok Jin Notti dan Momok lagi ke?. Cukuplah hanya satu masa preview. tak sanggup menontonnya kerana ia membosankan-

nak baca kritikan membina dari Abd. Wahab Hamzah mengenai filem Jin Notti dan Momok?.
sila klik
JIN MOMOK

Catat Ulasan

2 Ulasan

Che Kay berkata…
Gi tengok Momok Sabtu lepas. Sebab utama nak tengok si Blogger Hanis Zalikha berlakon dengan Nabil. hehehe. Btw gelak sakan jugak melihat pelakon extra yang kayu berlakon. Ye la crite hantu lawak. Geli hati la jugak. =)