'Dia bukan Pelakon Five Star!!', Erma Fatima

"Diana Danielle bukan artis 5 star, oleh sebab itulah pihak Istana Budaya tidak meluluskan pembayaran berjumlah RM 10,000 kepadanya, tetapi untuk Maya Karin, kita bayar lebih mahal daripada Diana dengan alasan Maya seorang pelakon yang berbakat dan pernah memenangi beberapa anugerah', kata Erma Fatima menjelaskan kontroversi yang berlaku selepas penarikan diri pelakon muda, Diana Danielle daripada membintangi teater Natrah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, pada 30 Nov hingga 9 Disember 2009. Teater Natrah yang akan di arahkan oleh Erma Fatima ini di bintangi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Umie Aida dan Sofea Jane, sebenarnya merupakan sebuah kisah kehidupan gadis bernama Natrah suatu ketika dahulu yang menjadi rebutan dua negara melibatkan Belanda dan Singapura sehingga berlaku pertumpahan darah. Justeru, apapun kontroversi yang berlaku ke atas teater ini, pementasannya tetap akan berlaku. Nantikan sahaja di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
..........................................................................................................................................................................
Info

Barisan pelakon utama:
MAYA KARIN
REMY ISHAK
SOFEA JANE
UMIE AIDA
NORMAN HAKIM

Teater arahan Erma Fatima ini memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda.

Konflik percintaan antara Natrah dan Mansor Adabi mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Natrah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 ketika berusia 72 tahun di Huijbergen, Belanda, akibat leukemia.
.........................................................................................................................................................................

SINOPSIS:

Maria Hertogh, gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan telah mencetuskan rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!


Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150

Kaunter Tiket :
BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks : 03-4026-5552
Waktu Operasi :
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi – 1.00 T/hari (Sabtu)

Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Tel: 03-4149 8600
Website : www.istanabudaya.gov.my

p/s: Insya allah.. akan pergi tengok lakonan Maya Karin dan Remy Ishak!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

comic_fanz berkata…
Dunia teater berbeza dengan dunia filem or drama..

if u want make money by teater u thougt is wrong.. but.. if u chase an experience n what it's all about acting is.. pentas teater adalah yang terbaek Wok!!! hahaa.. cam kenal jek tagline nie..

actually Diana Daniele just don't get it.. memang dia kehilangan banyak job coz nak fokus with diz teater but then when the price should be dah low from the mouth speaking so diana cam upset..

poor her.. but still she should understand how bisnes done.. ntahlah.. apalah yang aku merepek nie.. ish!! ish!!