'Ketawa dalam Tangisan... Papadom Karya Terbaik Afdlin Shauki'!!


Sudahkah anda menonton Papadom?. Jika belum, lekaslah ke pawagam sekarang kerana filem ini merupakan filem wajib ditonton untuk tahun 2009. Papadom, arahan dan lakon layar Afdlin Shauki mengisahkan Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang cukup popular di Pulau Pinang. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang disayanginya, Mia (lakonan Liyana Jasmay). Kasih Sayang Saadom terhadap Mia mengatasi segalanya apabila Mia membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti tempatan di Shah Alam, Selangor. Kerana terlalu menyayangi Mia, Saadom membuat keputusan yang agak pelik di mana beliau sendiri sanggup memohon kerja sebagai tukang kebun di universiti tersebut, semata-mata bimbangkan keselamatan anaknya itu, Mia. Pelbagai adegan menarik serta menyentuh perasaan terkandung di dalam Papadom, yang kini rancak ditayangkan di pawagam dan khabarnya sudah mengutip RM 1 juta lebih dalam tempoh beberapa hari ditayangkan. Nak tahu apakah yang menarik sangat tentang Papadom ini?. Jom kita selidiki antara '5 menarik di dalam Papadom yang perlu dan wajib ditonton oleh anda sekeluarga'.

5 menarik dalam Papadom

  1. Sebuah karya yang sangat menyentuh perasaan di mana seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang disayanginya. Papadom mengangkat tema kekeluargaan yang agak kuat di mana kasih sayang antara sesama manusia tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.
  2. Filem ini menggunakan subjek 'makanan' iaitu 'papadom' di mana ia dikembangkan menjadi sebuah cerita menarik yang mempunyai pelbagai konflik kehidupan yang adakalanya menganggu kehidupan seharian. Contohnya: Tindakan Saadom mengekori Mia di mana sahaja Mia berada. Ini memberikan implikasi negatif pada sesetengah orang yang tidak kenal mereka, dan kemungkinan akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Misalnya watak Sasha (Scha Al Yahya) merupakan watak protagonist yang cuba memisahkan hubungan Saadom dan Mia yang disangkakan Skandal di Universiti. Tetapi, terbongkar apabila masing-masing mengetahui bahawa mereka adalah bapa dan anak yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
  3. Papadom, sebuah komedi kekeluargaan yang agak menarik. Wajarlah filem ini memenangi 5 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22, 2009, menerusi : Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik'. Oleh itu, dalam bergelak ketawa, tentunya anda akan menangis menyaksikan betapa kuatnya Cinta dan kasih Sayang Saadom pada anaknya, Mia.
  4. Perkembangan struktur 3 act cukup sempurna dalam Papadom. Pertama: Kisah Cinta Saadom terhadap cita-cita dan isterinya. Kedua: Kasih Sayang Saadom terhadap Mia. Ketiga: Pergolakan hubungan cinta, meliputi Mia dan Hisham(Farid Kamil). Pada masa sama seorang anak muda, Mat (Que Haidar) juga menaruh hati pada Mia. Hubungan mereka dicemburui Saadom yang amat bimbangkan keselamatan anaknya Mia. Namun pengakhiran filem ini menjurus kepada sebuah hubungan kekeluargaan antara anak dan bapa yang amat menyentuh perasaan anda sekeluarga. Inya allah.
  5. Dari sudut lakonan, Papadom wajar diberikan kredit kepada lakonan Afdlin Shauki yang bersahaja tetapi amat menyentuh perasaan di kalbu. Justeru pada anda yang belum lagi menonton Papadom, lekaslah ke pawagam kerana ia menjanjikan pulangan yang cukup berbaloi. Hanya dipawagam.
Apa kata Selebriti tempatan mengenai Papadom

Aziz M.Osman : "Saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton PAPADOM".

Mawi: "Satu cerita yang boleh buat orang ketawa dan menangis, dicampur dengan mesej yang baik misalnya kita tahu betapa susahnya nak jaga anak perempuan ketika remaja dan lagi satu jalan ceritanya tak boring, setiap scene semua penting serta menghiburkan dan yang paling penting ia nampak selamba".

Mamat Khalid : "Saya suka work Afdlin dalam PAPADOM kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja-kerja disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan vibrant!".

p/s: 'Papadom'.. antara filem yang wajib anda tonton di pawagam okay!!. Terkilan juga rasanya apabila baru-baru ini ada seorang teman menghubungi saya, dia bertanyakan DVD tau VCD Papadom dah keluar ke belum kat pasaran!. Ayo!!. baru masuk wayang... dah tanya DVD!. pi la tengok kt wayang!!. kalau tiket masuk PUB @ CLUB berpuluh-puluh ringgit mampu, tiket wayang RM 10 berkira.. hurmm. nasib-nasib..

*Tayangan Unggul mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang sudah menonton Papadom. Jom sama-sama yang belum nonton.. pi tengok.. sekarang!!

Catat Ulasan

3 Ulasan

adzmarfazami berkata…
salam..
sya dah tengok dah papadom!!
memang best. sesekali rasa sayu dan sebak, ada part yang wat kita menangis.
tahniah kepada semua pelakon papadom terutamaafdlin, liyana n norkhiriah!
comic_fanz berkata…
tak tengok lagi.. tp otw nak gi tengok.. x dpt tgk kat panggung beli cd jek..
Tanpa Nama berkata…
Jangan terlalu beremosi dengan tanah!