Dalam kesibukan kita membicarakan tentang nilai sejarah dan warisan sesebuah bangsa dan budaya, lupakah kita kepada nilai artifak sesebuah bangunan yang menjadi lambang kehidupan kepada Bandaraya Kuala Lumpur?. Warisan inilah yang perlu dihargai untuk generasi akan datang kerana tanpanya kita tidak mungkin akan mengenal dan menghargai apakah yang dimaksudkan dengan nilai estetika, warisan dan sejarah sesebuah bangunan dan kehidupannya. Realiti inilah yang terpaksa kita tempuhi apabila diramalkan bahawa bangunan Penjara Pudu akan dirobohkan keseluruhannya bagi memberi laluan kepada pembinaan projek-projek esklusif yang menguntungkan. Projek yang bakal menelan belanja jutaan ringgit ini akan memuatkan beberapa pusat penempatan baru bertaraf kondominium serta pembinaan jalan raya yang bersistematik, cepat dan mudah. Perancangan ini akan menjadi kenyataan seandainya DBKL memutuskan bahawa ia perlu dilaksanakan, cuma kini dalam proses persetujuan antara beberapa pihak yang berkaitan. Namun, persoalan yang bermain di fikiran saya ialah apakah wajar Penjara Pudu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baru yang khabarnya cukup ekslusif dan menguntungkan?. Di manakah peranan pihak kerajaan melalui Jabatan Warisan Negara dalam situasi ini?. Mahukah mereka melihat satu lagi bangunan yang menjadi lambang sejarah negara ini dirobohkan tanpa sekatan?. Jika ini berlaku, maka Penjara Pudu hanya akan tinggal namanya sahaja. Barangkali ia akan dikenang sebagai tempat pengadilan bagi pesalah jenayah berat yang pernah mati di tali gantung di dalam penjara pudu ini. Mungkin juga sebagai tempat penyeksaan yang cukup menjijikkan. Walauapapun yang tercatat mengenai sejarahnya Penjara Pudu, pemeliharaannya perlu dilaksanakan sepertimana pemuliharaan Bangunan Bersejarah Sultan Abdul Samad yang kini menjadi tapak warisan negara yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, antara suka atau tidak atas keputusan yang diputuskan nanti, kita perlu akur dengan perubahan yang bakal dilaksanakan nanti kerana jika dibiarkan ia akan merosakkan pemandangan indah Kuala Lumpur. Bukan tidak menghargai khazanah sejarah negara, tetapi jika Penjara Pudu dijaga rapi dan tidak dibiarkan di mamah usia nescaya ia akan menjadi muzium warisan dan sejarah jenayah yang cukup menggerunkan di mata dunia. Namun, itu mungkin hanya tinggal nama jika benarlah ia akan dirobohkan. Wallahuallam.
p/s: saya percaya, jika ia dirobohkan.. tempat baru itu akan berpenunggu kerana tapaknya menjadi sejarah pengadilan jenayah yang cukup menggerunkan di mata dunia. hahaha..
p/s: saya percaya, jika ia dirobohkan.. tempat baru itu akan berpenunggu kerana tapaknya menjadi sejarah pengadilan jenayah yang cukup menggerunkan di mata dunia. hahaha..
4 Ulasan
apa kata kita bersihkan penjara tu bersih2 n then wat museum.. cam pahlawan2 seluruh negeri di satukan di situ.. kira kita wat pameran cam pakaian zaman dolu2.. pastu pahlawan ngah berperang.. peralatan dolu2.. cara kehidupan zaman dolu2..
tak pun.. kita wat museum hantu kat situ.. hihihihihiiii.. alamak.. aku plak yang takut sendiri.. sengal tol.. ish2!!! opiz mak aku depan tu jek.. selalu aku suka tengok yang padang kat sebelah dia tu jek.. cantik rumput dia.. kalo ternak lembu kat situ gerenti gemuklah lembu aku.. hahaa