Alhamdulillah.. filem ke-lima arahan Allahyarham Yasmin Ahmad sebelum Talentime, Muallaf bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 Disember 2009. Filem yang mencetuskan kontroversi melalui isu Sharifah Armani membotakkan kepalanya melalui satu scene yang agak kecil sebenarnya sebuah karya yang sudah lama diluluskan tayangannya di pawagam oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) . Walaupun tanpa Allahyarham Yasmin Ahmad, namun tayangannya pasti akan ditayangkan, tetapi agak kecewa kerana impian Allahyarham untuk melihat setiap karyanya ditayangkan kini hanya tinggal kenangan yang sukar di cari ganti. Mungkin adiknya, Orked akan mewakili pihak Allahyarham Yasmin jika filem ini ditayangkan di pawagam. Justeru, Muallaf bagi saya bukan filem yang cuba dikontroversikan oleh Yasmin Ahmad secara sengaja, tetapi kewujudan setiap scene dan babak yang dipaparkan memerlukan setiap penonton berfikir dan membuka minda secara kritis tanpa melihat luarannya namun mestilah secara dalamannya. Wallahuallam.
p/s: Tonton Muallaf memerlukan anda membuka minda seluas-luasnya. Dan fikirkan apakah wajar Sharifah Armani membotakkan kepalanya dalam Muallaf?. Beliau bukan suka-suka melakukannya, tetapi ia adalah keperluan scene yang mengharuskannya. Apakah scene tersebut?. Nantikan sahaja Muallaf 24 Disember 2009 nanti.
*to pihak Sinema Malaysia, tolong update tarikh yang diiklankan dalam portal you all.. 24 Disember 2010 ke 24 Disember 2009?!
1 Ulasan
should be film kt harus kt dapat tonton dulu.. but then negara lain dapat tgk dulu.. unfair..
tp still dapat tgk.. ok ar.. daripada tak dapat tengok..
p/s : masyarakat skang terlalu berfikiran sempit.. when the biggest issue is revealed terus jek nak fight.. n you know what the true still uncovered coz some people keep the guilty part away from the justice..
to arwah Yasmin Ahmad rest in peace.. Al-Fatihah