'Mewah dan penuh ekslusif', itulah yang dapat saya gambarkan melalui model terkini Myvi keluaran Perodua yang telah berada di pasaran sejak Oktober 2009 lalu. Myvi Exlusive Edition 1.3L yang menawarkan pelbagai ciri terkini dan penuh elegan hanya dikeluarkan 5,000 unit yang menawarkan pelbagai perubahan luaran dan dalaman menarik. Antarannya ialah:-
p/s: nak beli kereta untuk tahun 2010 nanti... senang sikit.. huhuhu
**Maaf topik hari ini berbeza dari topik hiburan dan filem yang saya selalu update.. untuk hari ini ikut mood la ye**
- rim aloi 14 inci, skirt sisi, pemegang pintu krom manakala ruang dalamannya disaluti tempat duduk berkulit, panel sisi dan stereng daripada kulit hitam sporty dan pemain cakera 'Double Din' bersama pemain USB.
- sistem audio dibekalkan dengan teknologi Bluetooth sebagai kit alternatif bebas tangan telefon bimbit.
- enjin dijana dengan 1.3L DVVT DOHC 16 injap yang menghamburkan kuasa maksimum setinggi 89 hp pada 6,000 rpm manakala tork maksimum sekuat 116Nm pada 3,200rpm.
- Ia dijual pada harga antara RM51,000 hingga RM51,500.
- Ia agak terhad dan siapa cepat dia dapat.
p/s: nak beli kereta untuk tahun 2010 nanti... senang sikit.. huhuhu
**Maaf topik hari ini berbeza dari topik hiburan dan filem yang saya selalu update.. untuk hari ini ikut mood la ye**
0 Ulasan