Menjadi penulis skrip bukan semudah di sangka. Ia memerlukan kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang dikupas supaya apa yang ditulis tidak dipersoalkan kelak. Jika anda menulis naskhah skrip drama atau filem, ia tidaklah sekompleks menulis karya dokumentari. Karya ini memerlukan kajian menyeluruh supaya bahan cerita yang dikupas menjadi satu fakta yang diakui kebenarannya, kerana dokumentari adalah catatan peristiwa yang dibukukan dalam bentuk visual untuk tontonan generasi akan datang.
Apabila berbicara mengenai penulisan skrip dokumentari, terdetik dihati untuk memperkatakan bahawa penulis skrip yang bagus akan mengambil tahu semua perkara yang terkandung di dalam penulisannya. Jika disoal tentang apa yang tertulis, misalnya tokoh yang diutarakan : penulis itu mesti tahu menjawab (mengambil kira siapa mereka dan asal usulnya juga perlu) namun, jika sambil lewa menulis hanya untuk mengaut kekayaan menerusi pembayaran, maka usah berbangga dengan title penulis skrip yang dipegangnya.
Kecewa sebentar apabila melihat situasi di mana ada segelintir penulis skrip veteran yang agak ego berbicara tentang penulisannya, tetapi apa yang ditulisnya agar kabur dan dia sendiri pun tidak jelas atas apa yang diutarakannya. Ketika ditanya, dia akan menjawab 'saya di minta di masukkan nama tokoh tersebut oleh seseorang ini'.. saya bertanya lagi 'apakah asal usul tokoh yang ditulisnya'. Dia sendiri pun tidak tahu dan ini menunjukkan bahawa kekurangan dirinya sebagai seorang penulis skrip. Namun begitu, jika permasalahan ini tidak dibendung dan di atasi dengan segera, nescaya ia akan menyusahkan semua pihak termasuk krew penggambaran, bahkan pengarah dokumentari tersebut, di samping kesannya kepada persoalan yang dikemukakan kepada salah seorang tokoh yang akan ditemui nanti.
Justeru, sebagai penulis skrip yang menulis karya bersifat dokumentari, mereka ini perlulah tegas dalam mempertahankan karya yang ditulisnya dengan mengambil tahu apa yang tersurat dan apa yang tersirat agar perlaksanaannya menjadi mudah, bersistematik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Wallahuallam.
p/s: Sibuk bulan ini menghasilkan Dokumentari tentang 'Kontrak Sosial'...

2 Ulasan
doakan saya yer
it's not easy.. kekadang nak jadi penulis tak payah belajar tinggi pun.. just belajar basic.. yang penting minat n hati.. n u must have knowledge.. tu penting.. coz from that ur script akan dipandang beb..